berita

Kantoi! Berlakon Macam Pindah Rumah, Rupa-Rupanya Tengah Mencuri

February 14th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Oleh kerana ingin mendapat keuntungan dengan mudah, sekumpulan lelaki telah memecah masuk sebuah rumah. Tambah mengejutkan lagi, mereka berani memecah masuk rumah dengan membawa sebuah lori. Menerusi Harian Metro, modus operandi mereka ialah dengan belakon kononnya untuk membantu mengangkat barang pindah rumah, namun rupa-rupanya sedang mencuri.

Kejadian disedari jiran

Walau bagaimanapun, kegiatan mereka itu terbongkar selepas disedari jiran rumah berkenaan pada jam 7 malam. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi, kegiatan pencuri itu disedari jiran berkenaan sebelum menghubungi pemilik rumah.

Lori dirampas polis

Susulan daripada itu, anggota Unit Kereta Perondan (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang ke lokasi berjaya menahan tujuh lelaki di hadapan rumah berkenaan. Turut dirampas sebuah lori yang sudah berisi perabot di tempat kejadian.

Susulan pemilik rumah memaklumkan bahawa dia tidak tahu apa yang berlaku menyebabkan pengadu terus menghubungi pihak polis untuk bantuan. Pihak polis segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan. Polis turut berjaya merampas sebuah lori yang sudah berisi perabot yang dicuri mereka.

Positif dadah metaphetamine

Enam lagi lelaki yang ditahan berusia 25 hingga 35 tahun dipercayai pekerja dan pemilik lori berkenaan. Susulan itu juga, kita menahan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Shahab Perdana, Mergong pagi hari ini untuk membantu siasatan.

Tambahnya lagi, suspek utama kumpulan berkenaan berusia 25 tahun dan positif dadah jenis metaphetamine. Selain itu, berdasarkan rekod suspek yang bekerja sebagai peniaga goreng pisang itu memiliki dua rekod jenayah termasuk dikehendaki polis. Semua mereka yang ditahan akan disiasat kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×