berita

Kantoi Ciplak Lagu Tergantung Sepi, Band Indonesia Mesej Haqiem Rusli Minta Maaf

October 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini industri muzik tanah air dikejutkan dengan satu band dari Indonesia yang didakwa menciplak lagu ‘Tergantung Sepi’ nyanyian Haqiem Rusli. Symphony Band yang didakwa menciplak lagu tersebut telah memuat naik video di YouTube sebelum ianya telah dipadamkan.

Terbaru, Haqiem dikatakan telah memaafkan band tersebut setelah menerima mesej peribadi melalui Instagram dari salah seorang ahli band berkenaan.

Kena tembak sikit dorang ni!

https://www.facebook.com/bideofficial/videos/1133794076808772/

Lagu Symphony Band yang berjudul Pergi Saja meniru hampir seratus peratus lagu Haqiem. Susulan dengan itu, komposer lagu Tergantung Sepi, Sirkhan turut memberi kenyataan berhubung isu berkenaan melalui Instagram. Baginya, band yang baru ditubuhkan itu sewajarnya diambil tidakan yang sepatutnya.

Lagu ni tiru sebijik melodi Tergantung Sepi hampir 100% , berapa bars jangan tanyalah dia langgar abis. Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, Youtube channel baru buat 7 Sept tahun ni dan sememangnya mat-mat Indon ni cari nahas.

Thanks kepada yg beritahu pasal ni. @fmcmusic sila ambil tindakan yang sepatutnya under copyright infrigement, or plagiarism whatsover. Kena tembak sikit dorang ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!

Saya terima permohonan maaf

Setelah beberapa hari mendiam diri, akhirnya Haqiem Rusli bersuara berkenaan isu tersebut menerusi Harian Metro. Dia tidak lagi menyimpan perasaan dedam atau marah dan telah memaafkan band tersebut dengan harapan agar dapat pengajaran daripada kesilapan.

Saya terima permohonan maaf kumpulan itu apabila salah seorang ahlinya menghantar mesej peribadi di Instagram.

Tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan kerana wakil pihaknya sudah memohon maaf. Saya rasa itu sudah mencukupi.

Namun, saya tidak tahu tindakan yang akan diambil pihak komposer, penulis lirik dan label. Saya harap ia tidak diperbesarkan kerana proses yang bakal dilalui akan mengambil masa yang lama.

Cuma saya harap kalau mahu berkarya, buatlah dengan jujur. Meniru tak bagus dan carilah keaslian tersendiri.

Tergantung sepi

Sumber: Harian Metro, Sirkhan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×