berita

Kantoi Curang Dengan ‘Babysitter’ Sampai Kahwin, Suami Penyanyi Mula Tahu Erti Penyesalan!

February 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru sebulan bercerai, penyanyi Indonesia, Mawar AFI, meluahkan rasa terkejut apabil bekas suaminya telah berkahwin dengan bekas pengasuh anaknya sendiri. Ujar Mawar, gadis tersebut baru berusia 19 tahun.

Artikel berkaitan : Baru Sebulan Cerai Terus Kahwin Lain, Penyanyi Terkilan Suami Kantoi Curang Dengan ‘Babysitter’

Artikel berkaitan: Viral Curang & Nikah Dengan ‘Babysitter’, Bekas Suami Penyanyi Pujuk Suruh Jual Kereta Untuk Nafkah Anak

Enggan mengaku skandal

Menerusi laporan Tribun News, lelaki berkenaan enggan mengaku bahawa mereka menjalin hubungan meskipun, kedua-duanya kelihatan sangat mencurigakan. Walau bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas penderitaan orang lain itu dikatakan sedang goyah .

Perkara tersebut mula disedari selepas gadis yang bernama Susi itu sering memuat naik posting sedih di media sosialnya. Foto Susi bersama suaminya, Steno Ricardo juga tidak kelihatan. Lebih teruk, nama akaun sosial media turut diubah dan tiada nama Steno di akaun berkenaan.

Terdahulu, Mawar meluahkan rasa geram apabila bekas suaminya malas untuk membayar nafkah anak. Malah, Steno turut meminta wang dan mahu menjual kereta anak mereka gara-gara kesempitan wang.

Ujar Mawar, Steno telah dibuang kerja ketika memegang jawatan yang besar di syarikatnya. Disebabkan itu, Mawar terpaksa menanggung semua keperluan anak-anak.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×