berita

Kantoi Curang, Wanita Dilumur & Dipaksa Makan Najis Kekasih

June 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Tribunnews

Seorang lelaki di Indonesia tergamak memaksa sang kekasih memakan najisnya selepas mengetahui wanita itu berlaku curang.

Paksa kekasih makan najis

Foto: Tribunnews

Menurut Ketua Polis Cilandak, Jakarta Selatan iaitu Wahid Key, suspek dan kekasihnya itu memiliki hubungan yang baik malah lelaki itu bertanggungjawab menjaga kebajikan teman wanitanya termasuk membayarkan kos rumah sewa, menghantar dan mengambilnya dari kerja dan sebagainya.

Namun siapa sangka, dalam diam, teman wanitanya itu tergamak berlaku curang. Perbuatan itu hanya diketahui selepas suspek melihat ada lelaki lain di dalam rumah sewa teman wanitanya. Suspek cuba mengejak lelaki tersebut namun gagal. Tidak lama selepas itu, suspek telah memasuki tandas rumah sewa tersebut untuk membuang air.

Selepas selesai, suspek keluar sambil membawa bahan buangan itu lalu menyapunya pada wajah teman wanitanya dan memaksanya makan.

Selain itu, suspek juga dipercayai memukul teman wanitanya di bahagian tangan dan muka. Susulan daripada itu, mangsa telah tampil membuat laporan polis dan suspek telah ditahan. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama dua tahun dan lapan bulan.

Sumber: Tribunnews, News Detik

SKIP THIS AD ×