berita

Kantoi Keluar Dengan Orang Ketiga, Lelaki Jadi Punching Beg Pasangan Songsang

November 19th, 2019 | by faris
Kini Trending

Keganasan dalam perhubungan kerapkali dibaca dan dilaporkan media. Mangsa bagaimanapun tidak hanya terhad kepada wanita sahaja, malahan ada juga kaum Adam turut terheret sama sebagai mangsa. Seorang lelaki menjadi ‘punching bag’ bukan kepada teman wanita atau isteri, tetapi kepada teman lelakinya!

Berbincang masalah hubungan

Lelaki tersebut ditumbuk pasangan songsangnya di tempat letak kereta di Jalan Tun Sardon, di Balik Pulau, Sabtu lalu. Lapor Harian Metro, kejadian berkenaan berpunca dari ‘kekasihnya’ keluar dengan orang ketiga.

Pasangan terbabit pada mulanya ke kawasan berkenaan untuk membincangkan masalah hubungan mereka yang keduanya berusia 29 tahun itu. Suspek mendapat tahu pasangannya keluar dengan lelaki lain pada hari sama.

Perbincangan mereka bagaimanapun bertukar tegang hingga membuatkan suspek bertindak menumbuk dan menampar pasangannya itu. Mangsa kemudian membuat laporan polis kerana memikirkan keselamatan diri.

Kerap dipukul sebelum ini

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki terbabit adalah kakitangan kerajaan dan bekerja di bangunan sama, namun berlainan unit.

Menurutnya, mangsa bertugas sebagai seorang pegawai, manakala suspek pula kerani am dan mereka didapati menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih sejak dua tahun lalu.

Hasil siasatan lanjut, mangsa mendakwa dia selama ini memang kerap dipukul lebih-lebih lagi apabila gagal memberikan wang setiap kali diminta suspek.

Mangsa juga memberitahu yang dia memang kerap memberikan wang dan sebagai balasan suspek akan membantunya dalam menguruskan kehidupan seharian seperti menyediakan rumah, bersiar-siar dan urusan peribadi lain.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×