berita

Kantoi Kes Dadah, Lucinta Luna Bakal Ditahan Di Lokap Lelaki Atau Wanita? Ini Respon Polis

February 12th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pernah berduet dengan usahawan kosmetik Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Dimana, nama transgender Lucinta Luna hangat menjadi bualan di laman sosial. Tanpa disangka-sangka, namanya sekali lagi disebut-sebut setelah terbabit dalam satu tangkapan membabitkan kes dadah pada Selasa 11 Februari.

Temukan 3 biji pil

Dalam tangkapan yang dilakukan di kediamannya di Apartemen Thamrin City, Jakarta, Indonesia itu, Lucinta ditahan kerana kes membabitkan pemilikan 3 biji pil ekstasi. Pil tersebut telah dirampas setelah ditemukan di dalam tong sampah.

Turut ditahan selain Lucinta adalah 3 lagi individu. Menurut Polis Daerah Metro Jaya Yusri Yunus, Lucinta didakwa memiliki pil dipercayai ekstasi dan ujiannya air kencingnya turut positif.

Selain Lucinta, 3 orang lain turut terbabit dalam tangkapan di apartmen tersebut dan 3 biji pil dipercayai pil ekstasi dirampas dalam tong sampah. Semuanya dibawa ke Balai Polis Jakarta Barat untuk ujian air kencing.

Lucinta didapati positif mengandungi bahan Benzo yang termasuk dalam dadah jenis psikotropika (bahan penenang), manakala 3 lainnya negatif.

Sel lelaki atau wanita?

Lucinta adalah seorang transgender dengan nama asalnya Muhammad Fattah. Menurut pegawai perhubungan awam Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun, Lucinta masih dalam siasatan. Dan sehingga kini masih belum ditempatkan di dalam sel tahanan.

Jika ditanya berkaitan ditahan di sel lelaki atau wanita, sampai sekarang belum ada proses tahanan. Semuanya masih disiasat untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak polis lagi, mereka akan membuat kenyataan terkini di media pada hari Rabu (12 Februari).

Sumber: Tribun News, Kumparan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×