berita

Kantoi Miliki & Hisap Dadah, Anak Artis Mengaku Bersalah

January 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Anak perempuan kepada seorang artis popular era 90an mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki dan menghisap dadah.

Anak artis miliki, hisap dadah

Pada 12 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Kuala Pilah, tertuduh iaitu Syarra Sudarman berusia 29 tahun didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.72 gram. Tertuduh kemudian didakwa memberikan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam diri sendiri.

Polis turut menemui dua lelaki dan seorang perempuan dalam keadaan mencurigakan di bilik hotel berkenaan. Turut ditemui satu botol yang telah diubahsuai bagi menghisap dadah.

Susulan daripada kesalahan tersebut, tertuduh disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama dan seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di baca bersama dengan seksyen 38B Akta yang sama.

Tertuduh yang merupakan ibu kepada seorang anak dijatuhi hukuman lapan bulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua, lima bulan penjara dari tarikh sabitan serta pengawasan polis tidak kurang selama tiga tahun.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×