berita

Kapak Kepala Isteri Sampai Tengkorak Retak, Penari Bogel Meninggal Dunia Dalam Penjara

March 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas ahli kumpulan penari bogel Dreamboys iaitu David Richards ditemui meninggal dunia di dalam sel penjara. Menerusi laporan The Sun, David disahkan meninggal dunia pada 13 Mac yang lalu.

Pernah serang isteri

Menurut jurucakap HMP Lowdham Grange, Nottinghamshire, pihaknya mengesahkan bahawa seorang banduan telah meninggal dunia.

Waris banduan telah dimaklumkan dan kami bersimpati terhadap keluarganya. Setiap kematian dalam tahanan, kami akan lakukan siasatan. Oleh itu, kami tidak dapat mengulas lanjut.

Terdahulu, David dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun kerana menyerang isterinya gara-gara cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara isterinya dengan seorang individu. Lebih teruk, David menyerang mangsa menggunakan kapak selepas wanita itu keluar dari rumah.

Serangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami keretakan tengkorak dan luka pada bahagian muka dan kulit kepala.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×