berita

Kapal Terbang ‘Lambat’ Sebab Tunggu Biawak Melintas

July 13th, 2022 | by khairil
Video Popular

Foto: sendy_id

Tular di media sosial sebuah rakaman memaparkan seorang juruterbang yang terpaksa memberi lalu kepada seekor biawak melintas jalan sebelum pesawat tersebut berlepas.

Terpaksa tunggu biawak melintas

Foto: sendy_id

Kejadian yang berlaku di sebuah lapangan terbang di Jakarta itu memaparkan seorang juruterbang merakam video tersebut dari dalam pesawat yang sedang berada di landasan.

Menerusi rakaman yang dimuat naik sendiri juruterbang itu, seekor biawak yang bersaiz sederhana kelihatan sedang merayap di atas landasan tersebut sehingga menghalang laluan pesawat.

Hampir gajadi terbang gara-gara ini.

Ukurannya besar, takut kesedot mesin pesawat.

Lebih lucu, juruterbang itu terpaksa menunggu haiwan itu melepasi landasan kapal terbang kerana takut biawak itu disedut enjin pesawat.

Rakaman yang berdurasi 12 saat itu mendapat perhatian netizen dengan meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 90 ribu tanda suka.

Video penuh

@sendy_id Permisi Si komo ? lewat. #delay #soekarnohatta #airbus #biawak #citayem #fashionweek #slebew #bni46 #macet ? original sound – Sendy ID ??

‘Sabar kapten, nak tumpang’

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan  wargamaya terhadap video tersebut. Ada juga yang berjenaka mendakwa biawak itu ingin menumpang pesawat tersebut.

Sumber: Sendy_id

SKIP THIS AD ×