berita

Foto Karl Shafek Bergambar Dengan Anjing

January 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

dv_01.1

Baru-baru ini, satu kontroversi tercetus apabila Karl Shafek telah memuatnaik gambar dirinya bersama seekor anjing melalui akaun Instagram peribadi miliknya.

Gambar yang diambil ketika bercuti di Pantai Padang Padang, Bali Indonesia itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat yang nyata kebanyakannya tidak menyenangi tindakan Karl Shafek itu.

“Kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar. Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing berkenaan.” – dipetik dari Harian Metro

Screen Shot 2014-01-07 at 1.03.55 PM

Foto yang menimbulkan kontroversi

Bagaimanapun, Kark Shafek tidak terkejut dengan isu yang timbul dan segera memberi penjelasan bahawa gambar tersebut dirakam atas sebab nalurinya yang menyukai haiwan, termasuklah anjing.

Menurut Karl Shafek, dia masih tahu menjaga batasannya sebagai seorang Muslim dan sedia maklum bahawa isu ini agak sensitif kepada umat Islam.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×