berita

Karnival Huawei Bermula Esok! Ada Ganjaran & Hadiah Bernilai Sehingga RM1 Juta

July 26th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Admin yakin bila sebut pasal karnival, semua orang mesti excited. Yelah, dekat karnival macam-macam barang kita boleh beli dengan harga yang berpatutan. Paling best kalau ada hadiah dan ganjaran menarik untuk dibawa pulang.

Kali ni admin nak share dengan korang tentang satu karnival luar biasa yang dinanti-nantikan oleh pencinta telefon pintar terutamanya peminat peranti jenama Huawei.

Bermula 27 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019, Huawei bakal menganjurkan festival besar-besaran dan mereka pastinya menawarkan pelbagai ganjaran serta hadiah menarik untuk rakyat Malaysia di 30 hotspot Huawei.

Paling best, telefon pintar selfie pop-up pertama syarikat ini juga akan mula dilancarkan di Malaysia esok pada harga yang sangat berpatutan.

Huawei Y9 Prime 2019 memang cun weh!

Untuk pengetahuan korang, telefon pintar terbaharu Huawei Y9 Prime 2019 hadir dengan cip pemproses Kirin 710F (12nm), bateri sebesar 4000mAh, kabel pengecasan Type-C dan skrin bersaiz 6.59-inci IPS LCD resolusi 1080 x 2340 piksel dengan paparan Ultra FullView.

Peranti ini juga turut hadir dengan kamera utama tri-kamera 16MP f/1.8 (lebar) + 8MP (ultra lebar) + 2MP fungsi bokeh. Manakala pada kamera swafoto, ia dilengkapi dengan kamera bermotor pop-up 16MP f/2.0.

Admin difahamkan bahawa kamera bermotor ini mampu bertahan sehingga 100,000 kali. Pendek kata, kalau ia digunakan 100 kali sehari sekalipun, ia masih mampu bertahan sekurang-kurangnya 2.7 tahun. Power weh!

Beli Huawei Y9 Prime dan berpeluang menang hadiah bernilai RM1 juta!

Harga rasmi Huawei Y9 Prime 2019 bernilai RM899 dengan storan 128GB dan 4GB RAM yang hadir dengan warna Midnight Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.

Paling menarik, korang juga berpeluang menang 3 Hadiah besar yang bernilai lebih RM1,000,000 dengan mudah. Setiap pembelian telefon di Huawei Karnival membolehkan korang menyertai cabutan bertuah dan memenangi sebuah kereta Mercedes Benz GLA 200 Night Edition. Huawei juga menawarkan 400 unit Electric Scooter Starlight dan 100 unit Ebike Orbit untuk dimenangi dengan mudah.

Ikut step ini dan menang!

i . Scan kod QR atau Log masuk ke HUAWEI VIP website https://huaweirewards.my/ dan klik Huawei Carnival
ii. Jawab soalan mudah dan isi maklumat diri korang.
iii. Lampirkan resit pembelian original (Peringatan: sila simpan resit original untuk tebus hadiah anda)
iv. Bersedia untuk terima kejutan! Pemenang yang bertuah akan diumumkan di Facebook pada 30 Ogos 2019.

Jom shopping di karnival Huawei esok

So, apa korang tunggu lagi tu? Jom kita serbu karnival Huawei esok sebab ada banyak tawaran menarik bakal menanti pembeli! Layari laman sesawang Karnival Huawei atau Huawei Y9 Prime 2019 sekarang juga.

Sebarang maklumat lanjut, korang boleh kunjungi kedai Huawei berhampiran atau hubungi talian Hotline Huawei 1800 22 0086!