berita

Karnival HUAWEI Bermula. Hadiah Sehingga RM 1 Juta & Pelancaran Y9 Prime 2019 Jadi Tarikan!

July 26th, 2019 | by Epul
Shout Out!

HUAWEI ni nampaknya tak henti-henti berikan kejutan kepada penggunanya. Korang yang tak guna HUAWEI mesti jealous kan?

Hari ni, Karnival HUAWEI yang dinantikan dah tiba! Ada banyak hadiah menarik menanti korang tau selain pelancaran Y9 Prime 2019! Jom kami nak share sikit apa yang menanti korang sepanjang Karnival HUAWEI berlangsung.

1. Beli & menang hadiah bernilai sehingga RM 1 juta. Wow!

Nampaknya kali ni Karnival HUAWEI bukan main-main. Korang berpeluang untuk menang banyak hadiah best tau! Antaranya kereta Mercedes Benz GLA 200 Night Edition, 400 unit Electric Scooter Starlight dan 100 unit Ebike Orbit hanya dengan pembelian telefon pintar HUAWEI.

Macam mana nak menang semua ni? Mudah je, korang ikut je step ni:

i . Scan kod QR atau Log masuk ke HUAWEI VIP website dan klik Huawei Carnival
ii. Jawab soalan mudah dan isi maklumat diri korang
iii. Lampirkan resit pembelian original
iv. Bersedia untuk terima kejutan!

Paling penting, korang kena simpan resit original untuk tebus hadiah. Pemenang bertuah akan diumumkan melalui Facebook pada 30 Ogos 2019.

2. Karnival HUAWEI disambut di 30 Hotspot HUAWEI seluruh Malaysia!

Bagi meraikan pengguna, Karnival HUAWEI akan disambut di 30 cawangan terpilih di seluruh negara. Karnival HUAWEI akan berlangsung bermula hari ni, 27 Julai hingga 4 Ogos 2019.

Kat hotspot HUAWEI nanti korang jangan lupa join permainan ‘spin & win’ dan ‘draw dip’. Banyak hadiah esklusif menanti korang seperti profesional tripod stand, kad Starbucks bernilai RM10 dan RM50, wooden speaker, Type C HDMI dan converter serta banyak lagi yang menanti korang.

Tapi, apa yang paling best mestilah pelancaran telefon pintar Y9 Prime 2019 yang ditunggu-tunggu semua!

3. Telefon pintar selfie pop-up pertama HUAWEI tiba di Malaysia!

Siapa kata telefon pop up mesti mahal. HUAWEI menawarkan Huawei Y9 Prime 2019 pada harga bawah RM1000 atau lebih tepat RM899 je!

Huawei Y9 Prime 2019 mempunyai storan 128GB dan 4GB RAM dan hadir dengan warna Midnight Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.

Walaupun harganya berpatutan, telefon pintar terbaharu Huawei Y9 Prime 2019 hadir dengan cip pemproses Kirin 710F (12nm), bateri sebesar 4000mAh, kabel pengecasan Type-C dan skrin bersaiz 6.59-inci IPS LCD resolusi 1080 x 2340 piksel dengan paparan Ultra FullView.

Peranti ini juga turut hadir dengan kamera utama tri-kamera 16MP f/1.8 (lebar) + 8MP (ultra lebar) + 2MP fungsi bokeh. Manakala, kamera swafotonya dilengkapi dengan kamera bermotor pop up 16MP f/2.0.

4. Rebut ganjaran daripada rakan kongsi HUAWEI!

Ada lagi berita baik, untuk pengguna HUAWEI korang juga boleh menebus ganjaran eksklusif daripada pelbagai rakan kongsi jenama melalui HUAWEI Member Center di HUAWEI AppGallery.

Ini adalah kali pertama HUAWEI memperkenalkan program ganjaran kepada pengguna untuk siri Y, antara ganjaran yang menanti ialah korang boleh melanggan VIU Premium secara percuma selama 6 bulan serta banyak lagi.

5. Harga runtuh untuk model telefon HUAWEI yang terpilih!

Ni mesti yang korang nanti-nantikan HUAWEI mengumumkan harga runtuh untuk beberapa model telefon bimbit mereka. Sekarang la masa korang untuk grab satu jenama smartphone HUAWEI. Ni kami senaraikan model HUAWEI yang turun harga. HUAWEI P30 Pro pon ada wei!

  • HUAWEI Mate20 Pro – RM2,999 > RM2,599
  • HUAWEI Mate20 – RM2,399 > RM2,099
  • HUAWEI Mate20 X – RM2.899 > RM2,599
  • HUAWEI P30 Pro (512GB) – RM4,399 > RM3,899
  • HUAWEI Nova 4e – RM1,199 > RM999
  • HUAWEI Y7 Pro 2019 – RM649 > RM599

Jom serbu Karnival HUAWEI, boleh beli & menang hadiah best!

 

So, korang tunggu apa lagi? Daripada tak buat apa-apa hujung minggu ni, baik serbu Karnival HUAWEI sebab ada banyak tawaran menarik menanti korang. Mana tau boleh angkut satu smartphone baru!

Kalau nak tau tentang karnival ni, korang boleh layari laman sesawang Karnival HUAWEI atau nak tau tentang smartphone Huawei Y9 Prime 2019 klik je pada link.

Sebarang maklumat lanjut kunjungi saja kedai HUAWEI yang berdekatan korang atau hubungi HUAWEI service hotline di talian 1800 22 0086.

Jom beli HUAWEI dan menang hadiah menarik hari ni!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×