berita

Karnival Jom Beli Rumah Di Midvalley Ni Boleh Bantu Korang Miliki Rumah! Semua Info Boleh Dapat!

July 14th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Satu Keluarga, Satu Rumah merupakan matlamat utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terus komited membawa agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia melalui persekitaran yang kondusif, teratur, mampan dan berdaya huni bagi rakyat.

Untuk melaksanakan usaha ini, KPKT telah melaksanakan satu Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022) yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai 2022!

Korang boleh mula serbu Dewan 1, Pusat Pameran Mid Valley (Mid Valley Exhibition Centre – MVEC), Kuala Lumpur dari pagi sampai malam untuk dapatkan semua info yang korang perlukan.

HOPE inisiatif KPKT untuk tingkatkan pemilikan rumah bagi golongan B40 dan M40

HOPE merupakan antara inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat dengan fokus utama sasaran iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam kumpulan M40 dan B40.

HOPE memfokus kepada empat (4) komponen iaitu:-

Penyedia Perumahan

  • Komponen ini merupakan senarai bekalan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan mahupun pihak swasta. Antaranya termasuklah program rumah mampu milik di bawah KPKT iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawatan Awam (PPAM), Rumah Mesra Rakyat (RMR), Rumah Transit Belia (RTB), Perumahan PR1MA dan juga kediaman SPNB.

Pembiayaan (i-Biaya)

  • Tiga (3) skim pembiayaan yang ditawarkan iaitu:-
  1. Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad;
  2. Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Berhad; dan
  3. Skim rent-to-own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Program/ Promosi

  • Karnival Jom Beli Rumah merupakan satu platform yang menghimpunkan pemaju-pemaju perumahan dan institusi-institusi kewangan yang terlibat bagi membuat hebahan bekalan perumahan termasuk rumah mampu milik yang ditawarkan serta kemudahan pembiayaan yang ditawarkan.
  • TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Bakal pembeli rumah juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah mampu milik sedia ada menerusi portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/.
  • Kempen Bijak Beli Rumah merupakan langkah meningkatkan kesedaran awam mengenai hak-hak terutama pembeli rumah pertama.
  • Kempen Miliki Kediaman di Usia Muda (Own at Young) juga diperkenalkan bagi meningkatkan minat golongan muda untuk memiliki rumah pada usia muda.
  • Modul Rumahku yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bertujuan untuk membantu bakal pembeli rumah mengetahui tahap kemampuan masing–masing sebelum memasuki komitmen perjanjian jangka panjang dan memberi implikasi kewangan yang besar.

Polisi

  • Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri berfungsi untuk menyelaras pelaksanaan program perumahan mampu milik di bawah kementerian dan agensi berkaitan.
  • Panel of Experts (POE) merupakan satu inisiatif strategik untuk menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak dalam membantu Kerajaan bagi melaksanakan dasar dan program perumahan yang terbaik untuk rakyat.
  • Pembangunan Sistem Data Raya Analitis Perumahan (Big Data Analytics On Housing) untuk mengetahui kedudukan pasaran perumahan hartanah dengan lebih jelas dan tepat demi pembangunan sektor hartanah yang lestari dan efisien.

 

Karnival ni juga merupakan anjuran KPKT bersama Rakan Strategik Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia (REHDA)  & Media PRIMA Omnia!

Dah nama pun karnival, mestilah ada macam-macam program diadakan betul tak?

Antara booth dan program yang ada ialah:

  • Pameran dan jualan hartanah daripada pemaju berkaliber;
  • Mempromosikan Panduan Pembelian Rumah untuk bakal pembeli rumah;
  • Pameran rumah mampu milik daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri; 
  • Kaunter- kaunter maklumat berkenaan inisiatif kerajaan termasuk Pembiayaan (i-biaya)
  • Program-program yang berkaitan industri hartanah, seperti :
    1. Klinik pengurusan kewangan oleh AKPK;
    2. Lain-lain program ilmiah yang berkaitan industri hartanah; dan
    3. Khidmat nasihat perumahan daripada agensi Kerajaan dan industri kewangan yang berkaitan;
  • Aktiviti keluarga: Face Painting For Kids & Pop-Corn
  • Persembahan hiburan daripada artis tanah air seperti:
    • Sissy Iman: 15 Julai 2022, 5–6 petang
    • Khai Bahar: 16 Julai 2022, 2– 3 petangTomok dan Puteri Hareeza: 17 Julai 2022, 2– 3 petang
    • Personaliti Hot FM: Sabtu-Ahad, 12-2ptg, sabtu 6-8 petang
    • Demonstrasi Masakan bersama Maria Tunku Sabri: Sabtu- 5-7 petang

Masih muda? Pun digalakkan datang untuk tahu dengan lebih lanjut Program “Own at Young” ni!

Semua orang layak untuk memiliki rumah tau! Dapatkan khidmat nasihat bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah di awal usia belia. Pelbagai program dilaksanakan bagi golongan muda.

Selain itu antara pengisian menarik adalah Pelancaran Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022(KJBR 2022), Pameran produk-produk perumahan dari pemaju-pemaju berkaliber, pembiayaan perumahan dari institusi-institusi kewangan, Property talk, pertandingan mewarna, memasak bersama Maria Tengku Sabri, persembahan artis jemputan dan pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu, terdapat reruai Jendela Anak Muda disediakan untuk golongan anak muda berkongsi aspirasi dan memberi maklum balas dan terlibat secara langsung dengan isu dan produk perumahan.

KJBR 2022 turut mensasarkan golongan pembeli rumah pertama!

Antara skim pembiayaan sedia ada yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan KPKT untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah pertama:

  1. Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad;
  2. Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Berhad; dan
  3. Skim rent-to-own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Memang rugi kalau korang tak ke Karnival ni! Dari yang bujang, baru berkahwin mahupun dah lama berkahwin dan ingin dapatkan rumah kedua semuanya boleh dapat info yang mereka mahukan di Karnival ni.

Tambahan pula dengan pelbagai acara menarik yang telah diadakan oleh para penganjur, ha confirmlah tak bosan! Lengkap semua aktiviti untuk ibu bapa dan juga kanak-kanak. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang seperti berikut :

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×