berita

Karnival Kerjaya Malaysia Madani Tawar 5,000 Kekosongan Jawatan Buat Korang!

December 7th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Pejam celik dah setahun kita bersama Kerajaan Malaysia MADANI dan dalam tempoh ini, pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan dan faedah rakyat Malaysia.

Tak terkecuali Karnival Kerjaya Malaysia MADANI yang sangat memberi manfaat kepada kita semua dan tahun ini, ia menawarkan 5,000 kekosongan jawatan menerusi  45 majikan, khas buat korang yang hadir pada karnival ini nanti!

Haa..jadi buat yang tengah cari kerja tu, ini adalah berita baik buat korang!

Lubuk emas buat para pencari kerja!

Mesti ada antara korang yang memasang angan-angan untuk bekerja di bawah syarikat-syarikat besar kan? Haa..majikan yang terlibat dalam karnival ni pun bukan calang-calang tau, antaranya PETRONAS, Khazanah Nasional, PNB, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan banyak lagi lah!

Berikut merupakan butiran tentang Karnival Kerjaya Malaysia MADANI:

Tarikh: 8-10 Disember 2023 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9 pagi – 6 petang
Lokasi: Pekarangan Stadium Bukit Jalil

Jadi, tunggu apa lagi, jom ramai-ramai ke Karnival Kerjaya Malaysia MADANI  dan daftar segera di https://bit.ly/KarnivalKerjayaSetahunMalaysiaMadani

Mungkin korang adalah pekerja yang dicari-cari dan siapa tahu korang akan berjumpa dengan kerjaya idaman korang di sana nanti. Semoga berjaya!

SKIP THIS AD ×