berita

Kasih Sampai Mati, Lelaki Tunai Janji Kahwini Mayat Teman Wanita Maut Hidap Kanser Payudara

October 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tidak dinafikan, kanser merupakan penyakit yang bahaya dan mampu membunuh secara senyap. Kebiasaannya sel kanser ini akan bertambah secara tidak normal menyebabkan berlaku pembiakan kepada organ anggota badan yang lain.

Menerusi laporan Daily Star, seorang lelaki yang dikenali sebagai Xu Shinan dari China, terpaksa berkahwin dengan mayat tunangnya sewaktu majlis pengebumian bagi memenuhi permintaan wanita tersebut yang menghidap kanser payudara.

Berjuang selama 5 tahun

Menurut laporan, tunang Xu Shinan yang dikenali sebagai Yang Liu, meninggal dunia pada usia 34 tahun di sebuah rumah pengebumian. Wanita tersebut meninggal pada 14 Oktober lalu, selepas berjuang dengan penyakit kanser selama lima tahun setengah. Tambah Xu Shinan, kekasihnya itu sudah koma sejak 6 Oktober, dan mereka berdua tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain.

Saya tahu saya dah janji dengan kamu bahawa saya tidak akan menangis, tapi maafkan saya sebab tidak dapat lakukannya.

Sebuah montaj yang menunjukkan perjalanan hidup pasangan itu selama 12 tahun ditayangkan pada skrin ketika lelaki tersebut membaca ikrar perkahwinan mereka. Ternyata momen tersebut menyentuh hati kesemua tetamu yang hadir ketika upacara pengebumian tersebut berlangsung.

Maafkan saya sebab menangis

Pasangan tersebut merancang untuk berkahwin pada 2013, tetapi majlis tersebut terpaksa ditangguhkan apabila wanita tersebut memberitahu bahawa dia sedang mengalami kesakitan di payudara kanan sebelum didiagnosis menghidap kanser. Ketika menerima berita tersebut, doktor mengesahkan bahawa Liu mempunyai jangka masa selama 5 tahun untuk hidup.

Walaupun Liu mengetahui dirinya  mempunyai tempoh masa 5 tahun untuk hidup, dia tetap menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi. Pada masa yang sama, dia turut berkongsi pengalamannya di media sosial dengan tujuan memberi sokongan buat penghidap kanser yang lain.

Semasa pengebumian, Shinan memberitahu bahawa mayat Liu dipakaikan gaun putih seperti kehendaknya yang mahu melihat tunangnya itu memakai baju perkahwinan mereka. Pasangan ini bertemu di universiti dan jatuh cinta pada Ogos 2007.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×