berita

Kasih Seorang Anak, Sanggup ‘Curi-Curi’ Masuk Wad Nak Jaga Ibu.. Menyentuh Jiwa!

April 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Demi membalas jasa dan pengorbanan ibu tersayang, seorang anak sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melihat ibunya bahagia.

Begitu juga seperti kisah seorang jejaka yang sanggup ‘mencuri’ masuk demi menemani ibunya tersayang di dalam wad namun diminta keluar oleh jururawat yang bertugas.

Terpaksa curi-curi teman ibu

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Yash di akaun TikToknya milik itu, dia ingin menemani ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang di dalam wad. Jelas lelaki itu, dia tidak sampai hati melihat ibunya sendirian.

Walaupun mempunyai adik-beradik yang lain, namun ibunya lebih rapat dengan dirinya kerana dia merupakan anak bongsu dan lebih manja dengan ibunya.

Baru selesai pembedahan buang jari kaki

Ketika hendak pulang, kelihatan ibunya mengalirkan air mata kerana tidak mahu anaknya pergi meninggalkan dirinya seorang di dalam wad tersebut kerana baru sahaja selesai pembedahan membuang jari kaki dan berasa takut andai dirinya tidak sempat untuk bertemu dengan anak-anak di saat terakhirnya.

Namun anaknya masih lagi tabah untuk tidak nampak lemah di hadapan ibunya dan berjanji untuk menemani ibunya lagi.

Walau bagaimanapun, ketika perjalanan pulang, dia terpaksa memberhentikan motor di tepi jalan kerana tidak dapat menahan sebak mengenang nasib ibunya sebelum pulang menguruskan jari kaki ibunya yang telah dipotong akibat daripada pembedahan.

Video penuh :

@iras..yashSedih harini wey..walaupun aku hiburkan huma dgn bahsa baling ku ‘Sbb ku xmoh pikir sgt.,Aku juga punya mslh mcm org lain jgk ..? ##balingkedah ##fyp? original sound – budak biasa?

Sumber : [email protected]

SKIP THIS AD ×