berita

Kasihnya Ayah, Sanggup Dukung Anak, Bawa Tangki Oksigen Panjat Bukit Nak Belajar Online

April 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kasih ibu bapa membawa ke Syurga, itulah gambaran yang sesuai diberikan untuk kegigihan ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak tersayang yang ingin melihat anak bahagia.

Baru-baru ini tular kisah kasih seorang bapa yang gigih menggendong anaknya naik turun bukit bagi mendapat ‘line’ untuk menyenangkan anaknya mengikuti kelas dalam talian di Indonesia.

Naik turun bukit sambil bawa tangki oksigen dan gendong anak

Kegigihan seorang bapa yang sanggup menggendong sambil membawa tangki oksigen untuk digunakan oleh anaknya yang mempunyai masalah jantung mendapat perhatian orang ramai.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Irmawanto itu sanggup berbuat demikian kerana ingin memudahkan anaknya untuk belajar dalam talian.

Boleh dikatakan hampir setiap hari dia membawa anaknya, Raihana Nurwahid yang berusia 18 tahun itu naik turun bukit untuk mendapatkan ‘line’ internet.

Sanggup jual tanah kebun dan sawah demi anak

Menurut ayahnya, tangki oksigen tersebut perlu dibawa untuk persediaan anaknya jika secara tiba-tiba diserang sesak nafas dan ada kalanya ayahnya dibantu oleh anak lelaki membawa tangki oksigen itu.

Walaupun kesihatan dirinya tidak begitu sihat, namun ianya tidak  mematahkan semangat Raihana untuk terus belajar dan ingin mencapai cita-citanya iaitu menjadi pelajar terbaik di sekolahnya.

Demi membiayai kos perubatan anaknya itu, ibu bapanya terpaksa menjual tanah kebun serta sawah mereka.  Kata ibunya juga, andai cita-cita anaknya itu tercapai, Raihana ingin menjadi seorang doktor yang boleh merawat ibu bapa serta ahli keluarganya suatu hari nanti.

Sumber : Okezone

SKIP THIS AD ×