berita

Kasut Nabil Ahmad Curi Perhatian Warganet, Netizen Rajin ‘Siasat’ Harga Anggar RM11,919?

January 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan: Jam Mewah Siti Nurhaliza Di KLFW Jadi Tumpuan, Netizen Gali Harga Anggar Bernilai RM1.1 Juta?

Air Jordan harga RM11,919?

Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi spotlight warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.

Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.

Memang suka kumpul kasut

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.

Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.

Sumber: Twitter @HarmanHarison

Foto: Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×