berita

‘Katil, Pintu Bilik & Rumah Dicalit Minyak Dagu’ – Gadis Kongsi Kisah Rumah Dipecah Masuk

November 11th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar kes pecah rumah yang berlaku di Malaysia. Lebih menakutkan apabila nyawa turut menjadi taruhan penjenayah semata-mata untuk mengaut keuntungan. Malah, pelbagai taktik yang digunakan individu tidak bertanggungjawab ini sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memenuhi hajat mereka.

Menerusi perkongsian di Facebook Fatien Abdul, dia menceritakan detik cemas yang dialaminya bersama rakan serumah yang lain apabila rumah mereka dipecah masuk tanpa mereka sedari. Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa katil, pintu bilik dan pintu rumah mereka telah dicalit minyak dagu!

Tingkap dan pintu dicungkil

Bukan sahaja pecah masuk! Habis setiap katil, pintu bilik dan pintu rumah dicalit minyak dagu. Malam itu rasa mengantuk dia lain macam. Baru pukul 10 malam, ada housemate pergi sidai baju dekat luar malam-malam dan pintu dibiar dalam keadaan terbuka luas.

Roomate aku pula bawa laptop keluar cadang nak buat kerja. Lepas itu, baru on tak sampai 2 minit, dia off balik. Bila tanya, ‘Dah siap ke kerja?’ Dia cakap, ‘tak jadilah. Mengantuk!’ Pelik!

Aku pula dalam bilik je, buat artikle sebab baru lepas interview. Buka laptop dan buka tingkap bilik. Selepas 30 minit macam tu, mengantuk sangat-sangat. Lepas itu, semua tidur. Tak tahu apa yang jadi malam tu.

Sedar-sedar je, roomate kejut tanya ‘Mana phone you, Fat?’ Dalam separuh sedar cari dekat mana phone. Damn! My phone hilang. Roomate, Iman cakap phone dia pun hilang. Dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila check, mangga bersepah dekat lantai, tingkap dan pintu dicungkil.

Kejut semua housemate, phone masing-masing dah hilang, purse, cash, kad bank, kad access company, telefon company, lesen, kad pengenalan semua hilang!

Semua orang tak sedar

Sekadar gambar hiasan

Benda first kitaorang buat adalah call 999. Roomate ada 2 telefon dan perompak tu ambil satu. Mungkin dia tak perasan yang lagi satu tu. Selepas itu, kitaorang call minta sambungkan ke balai terdekat, tak sampai 30 minit polis datang.

Masuk je rumah dia tanya, ‘Semua tak sedar? Sah. Ini kerja Ind*n! Kamu semua kena pukau’ Allah, luruh jantung rasa.

Lepas itu polis minta kitaorang pergi balai polis terdekat untuk buat laporan berkaitan kerugian. Lepas je settle report, diorang minta kitaorang pergi balai polis Mutiara Damansara pula, untuk jumpa pegawai penyiasatan ambil detail.

Settle je yang itu, pegawai tersebut minta kitaorang balik tunggu di rumah dan jangan sentuh apa-apa. Sebab dalam sejam dia akan datang untuk ambil cap jari dan ambil gambar keadaan rumah.

Dicalit minyak dagu

Sekadar gambar hiasan

Bayangkan lelaki itu pecahkan pintu, grill, mangga tapi semua orang tak dengar! Aku pula duduk dekat bilik master which is paling dekat dengan pintu. Tapi aku langsung tak dengar! Yang paling scary, lelaki tu masuk setiap bilik dan kitaorang sekali lagi tak sedar! Mustahil sangat!

Bayangkan lagi kalau masa tu dia buat yang bukan-bukan? Rogol? Raba? Siapa tahu? Dan yang paling scary bila sorang roomate ni panggil ayah dia datang cucikan rumah, ‘Setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah kamu dicalit minyak dagu’.

Ayah roomate cakap, minyak dagu bukan sahaja untuk buatkan kita sukakan seseorang tetapi juga digunakan untuk tujuan lain. Mungkin untuk sihir dan mungkin sebagai tanda untuk mudahkan dia datang lagi. Girls out there, tolong jaga diri!

Last sekali ayah roomate cakap dia pukau melalui angin dan sebenarnya dia dah try lama. Kebetulan malam tu malam jumaat, jadi ilmu dia menjadi!

Sumber: Fatien Abdul

SKIP THIS AD ×