

Setiap tahun mesti ramai tertunggu-tunggu akan sambutan ulang tahun Lazada yang berlangsung penuh meriah dengan bermacam jenis tawaran hebat dan persembahan daripada barisan selebriti popular!
Haa tahun ini pun tak terkecuali tau! Meskipun berdepan cabaran dengan pembudayaan norma baharu namun Lazada tekad membawakan kegembiraan kepada semua pengguna di Asia Tenggara menerusi konsert tahunan istimewa Lazada Super Party!
Lebih istimewa lagi bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-9, Lazada membawakan Katy Perry dan juga kumpulan remaja terkenal Korea, NCT Dream sebagai bintang utama yang bakal menghiburkan para penonton pada malam 26 Mac nanti.

Katy Perry menyifatkan bahawa dia tak sabar untuk membuat persembahan di Lazada Super Party bagi menyebarkan sedikit sinar bahagia, rasa cinta dan kegembiraan kepada semua penonton agar terus positif di waktu yang mencabar sekarang.
Dan bagi memastikan korang semua boleh sing-along bersama nanti, korang diberi kesempatan untuk mendengar terlebih dahulu lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Katy Perry, NCT Dream dan artis-artis popular Asia Tenggara yang lain semasa konsert Lazada Super Party melalui senarai lagu Lazada 9th Birthday Super Party di Spotify.
Antara penyanyi tempatan yang bakal mengamatkan lagi konsert pada malam itu nanti adalah Haqiem Rusli, Ismail Izzani, YonnyBoii, Ayda Jebat, Joe Flizzow dan ramai lagi!
Hujan baucar sehingga RM100,000 untuk korang!

Jangan lepaskan peluang untuk rebut baucar bernilai sehingga RM100,000 dan pelbagai lagi hadiah eksklusif yang ditawarakan menerusi segmen ‘Membeli-belah Sambil Berhibur’ sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang akan berlangsung pada tengah malam 27 Mac.
Sementara bermula 20 Mac pula, pengguna Lazada bakal disajikan dengan pelbagai tawaran istimewa termasuk penghantaran percuma untuk setiap pembelian!
Untuk penjimatan yang lebih ekstra, korang boleh menebus ganjaran membeli-belah tambahan menerusi Lazada Bonus. Elaun membeli-belah ini boleh digunakan untuk kesemua produk yang mengambil bahagian dalam mempamerkan lencana Lazada Bonus di seluruh platform mereka. Lagi best, ianya juga boleh digabungkan dengan promosi lain yang sedang berjalan!
Cuba permainan Happy Cake untuk peluang menang baucar!
Buat korang yang kaki main games, cuba permainan Happy Cake baru di LazGames. Caranya mudah je, korang hanya perlu membuka kotak hadiah, menyempurnakan tugasan harian dan menyusun kek sembilan tingkat bagi mendapatkan mata untuk menebus ganjaran seperti baucar pembelian.
Belum habis lagi tau! Lazada memang gila-gila nak bagi korang hadiah percuma menerusi pertandingan ‘Vote for Birthday Surprise’ dari 20 hingga 27 Mac. Ada Sony PlayStation 5, kelengkapan rumah dan produk kecantikan daripada jenama yang mengambil bahagian iaitu Casio, Clinique, Ecovacs, Ice Watch, Kitchenaid, Lancome, Nespresso, Ogawa, Origins, Samsung dan banyak lagi untuk korang menangi!

Pemenang untuk ‘Vote for Birthday Surprise’ bakal diumumkan pada 27 Mac nanti. Jadi jangan lupa untuk saksikan konsert Lazada Super Party! yang boleh distrim secara langsung melalui aplikasi LazLive milik Lazada serta di rangkaian penyiaran tempatan termasuk TV3, Astro Ria dan juga platform media sosial.








