berita

“Kau Belanja Ape Je Sampai Banyak Tu Bodoh” – Viral Kisah Suami Tengking Isteri Belanja Melampaui Bajet

December 17th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Tanggungjawab seorang suami adalah untuk menjaga isterinya termasuk maruahnya. Namun, apakan daya si isteri apabila suami bertindak memalukannya di hadapan orang ramai?  Menelan sahaja kata-katanya, hanya itu yang mampu dilakukan.

Seperti nasib seorang isteri ini apabila dia ditengking suami di khalayak ramai gara-gara barangan rumah yang dibeli melebihi kemampuan bajet si suami. Sungguh sayu membayangkan wajah si isteri apabila ditengkingnya. Tidak cukup diaibkan, ditinggalkan pula si isteri dan anak-anak begitu sahaja di kaunter pembayaran dengan duit yang tidak cukup.

“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!”

Gambar hiasan

ASSALAMUALAIKUM admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata. 
Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya. 
Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami? 
“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!”, si suami menengking isterinya di depan orang ramai. 

Dicaci dan ditinggalkan dengan RM150

Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu. 
Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja. 
Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, “Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua. 
Sungguh berat apa yang dilalui si isteri. Hanya Dia sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Isteri adalah amanah Allah, sesungguhnya kamu sebagai suami wajar menjaga dan membimbingnya. Janganlah sesekali kamu menghinanya, lebih-lebih lagi di hadapan mata-mata lain yang memandang.
Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga

SKIP THIS AD ×