Akibat menolak untuk berswafoto bersama, bekas isteri Radhi OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri dimarahi oleh penyanyi itu di lobi parkir di Emporis Kota Damansara, 19 April tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radhi OAG ‘Terbang Melayang’, Netizen Minta AADK Pantau -‘Okay Lah Tu Daripada Kena Ludah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Selesaikan Secara Baik Demi Anak-Anak’ – Tak Mahu Kes Berpanjangan, Radhi OAG Rayu Bekas Isteri Tarik Balik Dakwaan
‘Kau ingat kau cantik?’
Insiden tersebut bermula apabila saksi pendakwaan dan kakaknya mahu mengambil anak lelakinya pulang dari rumah Radhi. Sebelum pulang, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, meminta saksi untuk berbincang tentang hal anak mereka.
Radhi kemudian mahu berswafoto bersama, namun keadaan bertukar menjadi keruh apabila Nur Shahira menolak permintaanya itu yang menyebabkan Radhi berang dan memaki hamunnya dengan kata-kata kesat.
Kau ingat kau bagus? Kau ingat kau cantik?
Demikian penjelasan Nur Shahira di Mahkamah Majistret tentang situasi yang berlaku.
Saya cakap tidak mahu mengambil gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.
Berikutan itu terjadi insiden menarik baju dan rambut serta tolak menolak, sebelum kakak Nur Shahira datang meleraikan pergaduhan tersebut. Ekoran kejadian tegang yang meninggalkan kesan lebam pada tangannya itu, Nur Shahira, 29, telah membuat laporan polis.
Mengikut pertuduhan, pelantun lagu Generasiku itu didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya. Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.
Untuk rekod, mereka berkahwin pada 14 April 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak berusia enam dan tujuh tahun.
Sumber: Harian Metro