berita

‘Kau Jangan Cuba Lempang Isteri Aku Lagi’ – Ubai MZ ‘Warning’ Adik Lelaki Shila Amzah

October 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ubai MZ Amir Shafiq

Sebelum ini penyanyi Shila Amzah mendakwa dia pernah dipukul dan dilempang oleh adik lelakinya, Amir Shafiq.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah

Amaran pada Amir Shafiq

Ubai MZ Amir Shafiq

Shila menerusi hantaran di Instagram Story baru-baru ini berkata, dia tidak berasa takut lagi dan berani untuk bersemuka dengan adiknya itu.

Kau (Shafiq) ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau betul kau anak jantan sulung macam kau claim, bak datang aku tunggu.

Sementara itu, suami kepada Shila yang juga pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ turut memberi amaran kepada Shafiq supaya tidak menyentuh isterinya lagi.

Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi, aku TikTokers terhebat.

Ubai meluahkan rasa geramnya itu menerusi hantaran di platform X pada Selasa.

Terdahulu, perbalahan antara adik-beradik Shila bermula selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Syada mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan.

Bagaiamanpun, Shila menjelaskan tujuan dia mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo baharu buat keluaraga. Namun kenyataan penyanyi berusia 33 tahun itu diselar dan dinafikan oleh Shafiq serta Syada.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×