berita

‘Kau Ni Tahap Carrot Pun Tak Sampai’ – Lepas Lokman Adam, KJ Hentam Lelaki Ini Pula

November 11th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Jika anda perasan Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) semakin lantang memberi pendapat di media sosial. Seperti sebuah foto ini yang dimuatnaik menerusi laman Twitter akaun rasmi Astro Awani. Dengan kapsyen yang sangat bersahaja, “KJ isi borang apa tu?” telah mengundang respon sempoi YB Rembau ini.

Lihat tweet balas KJ sehingga dapat mencetuskan sedikit ‘perbalahan’ dengan netizen di laman Twitter itu.

Isi borang apa tu?

Foto ini telah mengundang spekulasi dan dilihat seolah YB Rembau itu sedang ‘mengisi borang’ di hadapan seorang pemimpin parti Bersatu. Difahamkan foto tersebut dirakam ketika YB Khairy Jamaluddin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau.

Bagaimanapun, pemimpin parti Bersatu, Mohamad Jani Ismail menafikan KJ mengisi borang parti Bersatu. Jelasnya lagi, KJ hanya menandatangani autograf apabila diminta seorang kanak-kanak.

Yang gambar itu bukan isi borang, tapi Khairy sedang tandatangan autograf. Setakat ini belum ada perbincangan, atau Khairy pun belum mohon nak masuk Bersatu. Tidak, bukan isi borang, cuma Khairy ketika itu sedang tandatangan autograf yang diminta kanak-kanak.

Minta autograph pun nak jadi berita

Tahap carrot pun tak sampai

Tu bukan borang

Sumber: KJ, Astro Awani

SKIP THIS AD ×