Sekadar gambar hiasan
Tidak ada rumah tangga yang boleh lari daripada menerima ujian, pun begitu setiap ujian yang dilalui pasti ada jalan penyelesaiannya. Namun berbeza pula dengan nasib yang menimpa seorang wanita ini yang mendakwa dia diceraikan suami atas alasan ‘nusyuz’.
Dakwa dihalau suami sebab nusyuz
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, seorang wanita mendakwa dia dan anak perempuannya telah dihalau dari rumah dan disebabkan itu, dia terpaksa menyewa bilik untuk berteduh. Lebih menyedihkan apabila dua beranak ini keluar rumah dengan keadaan sehelai sepinggang.
Semalam bapa dia bawa sehelai baju, sehelai pampers je. Hari ini dia (anak perempuan) tiada baju. Baju dia semalam dah terkena kencing, jadi aku basuh. Hari ni dia pakai baju basah. Saya dah bagi tahu bapa dia, anak tak ada baju, tak ada pampers tapi dia tengok je WhatsApp tu. Dah tak ada perasaan dekat anak dah.
Namun pada keesokan harinya (hari kedua selepas dihalau), wanita ini nekad pulang semula ke rumahnya untuk mengambil barang keperluan dirinya dan anak termasuk pakaian, lampin pakai buang dan sebagainya.
Terima kasih banyak akak bilik sewa yang tolong bawakkan barang-barang aku semua naik turun tangga sebab kena tukar bilik masa ni. Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik-baik. Dugaan hari pertama sebagai ibu tunggal.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa si suami menjatuhkan talak terhadapnya kerana menganggap dirinya nusyuz disebabkan rakan sekerjanya ramai lelaki.
Dia kata saya ni nusyuz. Dia lafazkan talak, dia kata nama saya, ‘kau nusyuz dan aku ceraikan kau dengan talak satu’
Dia sabitkan saya nusyuz sebab saya layan lelaki dekat tempat kerja. Dah tempat kerja tu ramai lelaki, takkan saya nak menyombong. Saya layan diorang pun bukan tergedik-gedik, panggil pun kau aku. Tanyalah diorang tu sendiri macam mana. Bukan tergedik-gedik lah saya layan, bukan jenis aku lah macam tu.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dilalui dua beranak ini. Mereka berharap agar wanita ini diberi kekuatan dalam membesarkan anak dan tabah mengharungi dugaan hidup.
Respon netizen
Sumber: TikTok