Di Instagram, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya iaitu Aleesya.
Selamat hari jadi sayang!
Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah, kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much
Sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12, Nabila memohon yang terbaik buat anak tirinya itu. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat.
Terdahulu, Aleesya turut hadir di majlis perkahwinan ayahnya iaitu Engku Emran. Mengenakan busana bewarna putih ketika majlis perkahwinan ayahnya, Aleesya turut kelihatan mesra bersama Jebat dan ahli keluarga ibu tirinya. Malah, dia turut menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga Nabila selepas majlis tersebut berlangsung.
Sumber: Noor Nabila