berita

‘Kau Siapa?’ – Dakwa Babak MV Dipotong Sebab Stacy Cemburu, Akim Ahmad Sekolahkan Influencer Vietnam

February 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Di Twitter, seorang selebriti media sosial  kacukan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Anh luah rasa terkilan babaknya di dalam muzik video penyanyi Akim Ahmad berjudul ‘Rampas’ dipotong. Malah dia turut mendakwa bahawa babak tersebut dipotong kerana isteri kepada vokalis terbabit cemburu. Ini respon dari Akim Ahmad sendiri.

Trip percuma ke Malaysia

Menurut selebriti media sosial ini, dia merasakan penerbangannya ke Malaysia untuk penggambaraan muzik video tersebut sia-sia sahaja. Malah dia turut menjawab beberapa komen memaklumkan bahawa mungkin babak tersebut dipotong kerana keterlaluan.

Plot jalan cerita itu hanya vokalis dan saya bercinta dan tiba-tiba mendapat tahu saya mengandung. Jadi saya terpaksa mencuri di sebuah kedai untuk mendapatkan duit demi anak saya dan saya hampir mati. LOL.

Tambahnya lagi, dia menerima mesej memberitahu bahawa semua babaknya dipotong kerana isteri kepada vokalis tersebut tidak suka. Selepas menjadi viral, Akim tampil memberi penjelasan sebenar mengenai situasi ini.

Rampas merupakan lagu buat arwah ibu

Menurut Akim, lagu ini merupakan lagu yang ditujukan khas buat arwah ibunya. Dia merasakan muzik video tersebut keterlaluan dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat. Tambahan, dia sendiri masih berpegang pada adat dan budaya timur, jadi dia terpaksa menukar kembali konsep muzik video tersebut.

Ini bila kita dah bagitau jalan cerita sesebuah lagu tu dah dibincangkan, tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab “art” sebab nak kepuasan nafsu sendiri dalam berkarya. Siapakah? Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa si*l?

Dalam pada itu, Akim turut melahirkan rasa tidak puas hati kepada individu yang berkarya dalam muzik videonya tanpa berbincang terlebih dahulu. Rata-rata di ruangan komen menyokong keputusan yang dibuat oleh penyanyi tersebut dan tak kurang juga memuji tindakan beraninya.

Sumber : Akim Ahmad

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×