berita

Kaum Lelaki Yang Sayangkan Diri & Pasangan, Jom Ketahui Apakah Karakter Hero Anda Dengan Kempen Be Brave

September 8th, 2014 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2014-09-08 at 14.57.56

Korang pernah tak dengar mengenai ejakulasi pramatang (PE)? Kadangkala term ini juga dikenali sebagai cepat tewas atau pancut awal. Kalau nak tahu, 1 daripada 3 lelaki Asia mempunyai masalah seperti ini tau!

Tapi, apa sebenarnya PE ni? Merbahaya ke? Hmm, sebenarnya, jika seseorang itu menghidap PE, ia akan memberi kesan kepada kualiti hidup dan kepuasan seks dengan pasangan mereka.

Tetapi, korang tahu tak masalah ini sebenarnya boleh dirawat dan dikawal? Haa, kalau nak tahu, dek kerana kesedaran yang tinggi terhadap perkara ini, sebuah syarikat biofarmaseutikal antarabangsa, A. Menarini telah membuat satu kempen iaitu ‘Be Brave’.

Screen Shot 2014-09-08 at 14.58.20

Menurut kajian, majoriti daripada mereka yang menghidap PE dilaporkan mempunyai kesukaran yang melampau untuk melambatkan ejakulasi.

Bila ini terjadi, dah tentulah mereka akan merasa amat kecewa kerana mereka ejakulasi sebelum mereka bersedia atau mahu. Haa, macam tu lah ceritanya.

Okay, kempen Be Brave ini memberikan motivasi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah ini. Malah, ia direka untuk membantu dan mendorong seseorang itu mendapatkan rawatan.

Pendek kata, ia bertindak sebagai pendorong untuk membincangkan masalah utama PE dikalangan lelaki tanpa rasa malu ataupun segan.

1969262_758475520841667_2848678471143599638_n

Nak tahu apa inisiatif yang diorang buat? Begini, kita pun tahu bahawa kaum lelaki amat sensitif jika ingin berbicara mengenai perkara ini secara terbuka kan? Jadi, melalui kempen ini, anda boleh menjawab kuiz yang disediakan untuk mengenalpasti tahap korang.

Kuiz tersebut senang je, baik lelaki atau perempuan, dua-dua boleh membuatnya. Iyalah, perkara ini kan membabitkan kepuasan bersama. Jadi tak salah kalau spend sedikit masa kan.

Pertama sekali, korang harus mengenal pasti super hero korang dengan menjawab 8 soalan yang mudah dan menyeronokkan bagi menentukan hero dalaman yang manakah sesuai dengan anda mahupun pasangan.

Bila dah jumpa dengan hero dalaman, korang akan diperkenalkan dengan topik yang boleh dibincangkan ketika dibilik tidur. Lebih seronok, anda akan dapat melihat sama ada jawapan anda sama tak dengan pasangan. Mudah kan?

Saya pun tak terkecuali dari mencuba kuiz berkenaan. Disebabkan teruja nak tahu apakah ciri-ciri hero dalam diri pasangan saya, jadi saya mencuba kuiz yang disediakan khas untuk perempuan. Soalan-soalan yang ditanya sangat umum dan langsung tak mempunyai unsur-unsur intimasi yang mungkin membuatkan anda segan sendiri.

Diakhir kuiz, korang berpeluang untuk berkongsi dengan rakan, main semula kuiz atau mengetahui lebih lanjut mengenai masalah ini.

hero

Ini keputusan kuiz saya. Adakah pasangan saya dapat keputusan yang sama? Hmm kena tunggu!

Dan kalau korang perasan di sebelah kanan dalam gambar di atas, terdapatnya laman web Control PE dimana korang boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ejakulasi pramatang dan cara-cara untuk mengawalnya.

Jangan risau, laman web ini adalah satu-satunya sumber dalam talian yang boleh dipercayai dan mengandungi maklumat yang komprehensif mengenai keadaan, alat diagnostik dan rawatan yang sesuai boleh didapati.

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama support kempen Be Brave dan hilangkan rasa rendah diri anda terhadap ejakulasi pramatang.

Kepada para lelaki di luar sana yang mungkin menghadapi masalah ini, beranikanlah diri untuk mencuba kuiz Premature Ejaculation Diagnostic Tool (PEDT). Ia antara langkah yang boleh menentukan sama ada anda perlu berjumpa doktor untuk diagnosis atau rawatan lanjut.

Ingatlah, semua orang ingin bahagia dan seks juga merupakan satu punca kebahagiaan dalam diri sendiri dan pasangan korang. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lawati akaun Facebook rasmi mereka, ataupun laman web rasmi di www.controlpe.com.my atau www.bebrave.my ya!

SKIP THIS AD ×