berita

Kaut Untung Jual Video Lucah, 2 Mak Nyah Umpan 4 Budak Lelaki Buat Seks Berkumpulan

March 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Suspek Lakkana, Natenapa

Hanya kerana mahu mengaut keuntungan, dua wanita transgender tergamak mengumpan kanak-kanak bawah umur untuk melakukan hubungan seks secara berkumpulan dan merakam perbuatan tersebut sebelum menjualnya di aplikasi Twitter dan LINE.

Perdaya budak bawah umur

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan The Thaiger, dua suspek yang dikenali sebagai Lakkana, 20, dan Natenapa, 19, akhirnya ditahan oleh Biro Siasatan Pusat (CIB) dan Bahagian Antipemerdagangan Orang (ATPD) kerana memperdaya empat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk dijadikan bahan pornografi.

Difahamkan, Twitter tersebut yang mempunyai lebih daripada 260 ribu pengikut itu kerap mengiklankan bahan pornografi kanak-kanak selain mengenakan bayaran keahlian antara 300 baht (kira-kira RM39) hingga 399 baht (kira-kira RM51) bagi mengakses bahan lucah Twitter dan LINE.

Susulan daripada itu, pegawai polis bertindak menyamar sebagai pelanggan dan membayar keahlian. Mereka kemudian menemui beberapa video lucah yang memperlihatkan dua wanita transgender melakukan hubungan seks secara berkumpulan dengan empat kanak-kanak bawah umur.

Suspek kena cekup

Sekadar gambar hiasan

Pihak berkuasa kemudian mula menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti kanak-kanak terbabit sebelum melakukan soal siasat dan mengumpul bukti. Difahamkan, kesemua mangsa sedang menjalani pemulihan fizikal dan mental.

Kedua-dua suspek kemudian berjaya ditahan dan bakal berdepan sembilan pertuduhan yang setiap satunya boleh dikenakan hukuman berat penjara lebih 10 tahun. Salah seorang suspek, Lakkana mengaku telah melakukan ‘kerja’ tersebut sejak tiga tahun lalu dan mengajak rakannya, Natenapa untuk ikut serta setahun lalu.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×