Pelakon, Fasha Sandha menafikan dia melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan. Menurut Fasha, dia melakukan diet dan mengawal pemakanan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Tak ambil gula
Menerusi laporan Harian Metro, Fasha memberitahu dia mengawal pengambilan karbohidrat dan memotong pengambilan gula untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.
Saya tidaklah begitu kurus pun, perut masih ada lagi cuma saya pakai ‘girdle’ dan baju hitam itu yang menampakkan saya kurus. Saya belum mencapai berat badan ideal lagi. Saya tak buat pembedahan biatrik. Saya jaga makan dan tak ambil gula. Cuma ketika raya baru-baru ini, berat badan saya bertambah akibat banyak makan. Namun, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang mempercayai bakat saya tidak kira gemuk atau kurus. Saya percaya tawaran dan anugerah yang diberikan adalah berkat rezeki anak-anak dan berkat doa suami.
Fasha turut memohon orang ramai agar tidak meninggalkan komen negatif kepada golongan selebriti yang ‘berisi’. Jelasnya lagi, bukan mudah untuk seseorang individu itu menurunkan berat badan apatah lagi bagi mereka yang mempunyai rangka besar seperti dirinya. Terdahulu, netizen mendakwa Fasha melakukan pembedahan bariatrik kerana kelihatan agak kurus ketika menghadiri sebuah anugerah.
Sumber: Harian Metro