berita

Kawan Hutang Sampai RM400K, Suami Tak Cukup Beli Beras Terpaksa Hantar Anak Bini Rumah Mentua

December 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

lelaki terdesak duit

Gambar sekadar hiasan

Seorang individu berkongsi tentang keperitan hidup rakannya yang menghadapi masalah kewangan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanggung Beban Hutang RM1 Juta, Pemuda Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda Berjaya Selesaikan Hutang Lebih RM1 Juta Kongsi Amalan Doa – ‘Masa Berdoa Tak Pakai Aku Kau’

Pernah hidup senang

lelaki terdesak duit

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian Mohd Fadli Salleh di Facebook (FB), dia mendedahkan bahawa rakannya itu sebelum ini mempunyai pendapatan yang stabil namun kini sedang menjalani fasa sukar dalam kehidupan.

Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan. Dia boleh dikatakan kencang juga income sebelum ni. Bila duduk bersua muka, satu persatu dia cerita. Susah sangat sekarang. Sampai satu tahap beras habis nak beli tak ada duit. Nak sara anak isteri pun tak mampu.

Maka dihantar anak isteri pulang ke rumah mentua. Dia cerita elok-elok, alhamdulillah mentua faham.

Bercerita lanjut, dalam keadaan terdesak lelaki tersebut juga terpaksa meminjam sejumlah wang yang banyak daripada Ah Long selain semua simpanan juga telah habis digunakan.

Pernah hutang along sampai beratus ribu. Alhamdulillah, hutang along dah selesai dengan bantuan kawan dia. Kawan dia bagi pinjam duit memandangkan dia terdesak sangat.

Simpanan semua licin. Apa barang berharga boleh jual dia jual. Kereta, motor semua dah jual. Jalan kaki dan guna pengangkutan awam je sekarang. Senang cerita, terduduk habis la dia sekarang.

Lebih menyedihkan, rakan-rakan lelaki itu juga pernah berhutang dengannya sehingga mencecah ribuan ringgit namun tidak dapat dilunaskan kerana mengalami masalah yang sama.

Bagaimanapun, dia tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan malah giat mencari pekerjaan.

Cuba bangkit kembali dengan semua semangat dan kekuatan. Turun naik cari kerja sana sini.

Yang pedih sikit aku dengar, masa dia agak senang ramai kawan-kawan pinjam duit. Dia kira total sekitar RM400K juga lah. Cuma tu lah, kawan-kawan dia sekarang pun semua tengah terduduk.

Dia kata, ‘aku nak minta pun, tengok mereka semua sedang struggle juga sekarang. Mereka pun tahu aku tengah teruk, tapi mereka tak mampu buat apa-apa nak bantu aku’.

Sementara itu, Mohd Fadli juga sempat menitipkan nasihat untuk setiap orang supaya menyediakan tabung kecemasan selain perlu bersangka baik dengan ujian yang menimpa.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

SKIP THIS AD ×