berita

Kawan-Kawan Korang Ada Tak 7 Perangai Ni Bila Tumpang Kereta Untuk Balik Kampung?

May 24th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Bila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, semua umat Islam akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Maka, kosonglah ibu kota untuk beberapa ketika. Jalan pun lengang, boleh kira berapa buah kereta yang lalu lalang!

Sebut pasal balik kampung, sepanjang perjalanan korang mesti tak sabar nak sampai kampung kan? Tapi sebenarnya, itu bukanlah point utama, sebaliknya perjalanan nak sampai kampung tu yang main peranan. Lagi-lagi penumpang dalam kereta tu…

Kalau korang jenis balik kampung dengan kawan-kawan, mesti ada perangai masing-masing yang korang boleh detect sepanjang perjalanan nak sampai kampung. Antaranya, macam yang admin list kat bawah ni…

1. Pakai Waze pun sesat lagi

Kita ni, 10 kali balik kampung pun kadang-kadang check Waze lagi. Bukan apa, takut-takut jalan sesak, Waze boleh tunjuk alternatif lain, sama ada ikut jalan dalam atau sebagainya.

Tapi, bila dah bukak Waze, co-pilot yang ditugaskan untuk menunjukkan arah pun boleh salah. Asyiklah terlepas simpang sebab tak pandai agak jarak. Macam mana nak jadi co-pilot, duduk belakang jelah!

2. Kaki tidur, langgar lopak besar mana pun steady je

Korang mesti ada kawan yang sepanjang perjalanan balik kampung, dia tiiidur je. Masuk kereta terus lelap. Tak kiralah orang lain bising macam mana sekalipun, dia tetap tidur dengan aman. Langgarlah lopak besar mana pun, dia tetap steadyPower eh?

3. Co-pilot paling berguna

Co-pilot paling berguna adalah idaman setiap driver. Jadi, korang tak perlu nak tengok Waze, tengok jalan mana nak masuk, pilih lagu best supaya penumpang enjoy dan sebagainya. Laaagi best bila dia tak tengok Waze, jalan mana pun dia hafal!

4. Kuat main game

Jenis penumpang macam ni kurang digemari. Sebab apa, orang yang kuat main game ni jenis tak endahkan orang sangat. Yang penting, dia score dan menang. Tapi, baguslah dia dalam dunia dia. Tak kacau orang lain!

5. Kaki karaoke, semua lagu dia nak nyanyi

Bila balik kampung, mesti korang pasang radio atau lagu dekat Spotify. Baru feel 2-3 jam perjalanan ditemani lagu raya atau lagu rancak. Driver pun tak mengantuk!

Tapi, paling annoying kalau dah bukak lagu, ada penumpang yang tak henti-henti nak menyanyi. Setiap lagulah dia nak karaoke. Tak tahu lirik pun dia bedal je. Boleh diam sekejap tak? Jenis macam ni awal-awal je aktif, dah separuh jalan biasanya terus pengsan!

6. Asyik nak singgah R&R

Jangan tak tau, jenis penumpang yang nak singgah R&R memang ada. Kejap-kejap nak terkencing, kejap-kejap nak buang air besar, kejap-kejap nak beli komik. Nak beli makanan tak boleh, puasa! “Eh, kita singgah R&R seterusnyalah, tengok apa ada”.

Kalau macam ni, perjalanan 3 jam balik kampung pun boleh jadi 6 jam tau!

7. Tak reti duduk diam, banyak cakap

Ada kalanya, dapat penumpang yang rancak berborak ni ada gunanya supaya driver tak mengantuk. Tapi, kalau tak berhenti bercakap sepanjang perjalanan, sakit telinga jugak!

Lagi-lagi kalau asyik bising “eh, dekat sangat tu, jaga jarak antara kereta depan”, “lajunya, perlahan sikitlah!”, “potonglah kereta depan tu, perlahan sangat…”. Sebagai driver mesti korang stress kan?

Jadikan perjalanan balik kampung korang selamat & aman, tonton video raya TNB ni

Walau macam mana pun perangai penumpang dan rakan-rakan korang ketika perjalanan balik kampung raya kali ni, berhati-hatilah ketika memandu dan admin doakan semoga korang semua selamat sampai kampung. Ingatlah orang yang tersayang.

Jom tonton video dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena raya kali ni, banyak mesej-mesej berguna yang korang boleh amalkan sebelum dan semasa perjalanan balik kampung tau!

Selamat Hari Raya dan semoga selamat sampai kampung min ucapkan!