Pelakon, Anzalna Nasir mengakui tersentuh apabila anak sulungnya, Eidrees menghargai usahanya menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke sekolah.

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Bayar Shopping Sendiri Tapi Bila Suami Nak Belanja..Terambil Juga’ – Anzalna Nasir

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Fokus Kejar Ketenangan Hidup – ‘Tak Nak Berhutang & Komitmen Yang Terlalu Tinggi’

Gembira

View on Threads

Pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir itu berkata, Eidrees berkongsi bahawa rakan-rakan sekelasnya teruja melihat menu makanan yang dibawanya.

Malah, mereka turut menyifatkan makanan tersebut kelihatan menyelerakan sehingga ada yang meminta untuk mencubanya.

Eidrees balik sekolah cerita kawan-kawan dia terkejut tengok lunch box dia.

Saya tanya kenapa, katanya kawan-kawan cakap makanan dia nampak sedap sampai ada yang minta makanan dia.

Tersentuh mendengar cerita anaknya, naluri keibuan Anzalna pantas terdetik untuk menyediakan hidangan tambahan buat rakan-rakan Eidrees pada masa akan datang.

Bagaimanapun, apa yang paling menyentuh hati Anzalna adalah ucapan tulus daripada Eidrees.

Menurut Anzalna, ucapan ringkas daripada anaknya itu sudah cukup membuatkan dia bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik buat keluarga.

Terus saya rasa nak buat lebih untuk kawan-kawan dia sekali, tak sampai hati pula dengar.

Paling buat saya gembira bila Eidrees cakap, ‘terima kasih mommy masak sedap.

Perkataan mudah macam ni pun dah cukup buat saya rasa bersemangat nak masak lagi dan buat yang lebih baik untuk anak-anak.

Sumber: Threads