berita

Kawan Liat Nak Bayar Hutang? Ini Cara Yang Korang Boleh Cuba Untuk Tuntut Duit Korang!

September 20th, 2018 | by Epul
Kini Trending


Korang mesti pernah berhadapan dengan situasi bagi kawan atau saudara-mara pinjam duit. Tapi end up diorang liat nak bayar hutang kan? Kalau setakat pinjam RM50 mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau dah cecah beratus-ratus atau beribu memang tak lah nak sedekah macam tu je.

Hmm..Orang macam ni memang jenis yang suka ambil kesempatan. Meh kami ajar sikit teknik yang korang boleh aplikasikan pada diorang. Mana tau terbuka hati diorang nak bayar hutang korang kan?

Update status di media sosial

Ini merupakan cara halus yang korang boleh gunakan untuk menyedarkan si peminjam tentang kewajipan membayar hutang. Korang boleh update status atau berkongsi tentang topik hutang di wall korang tanpa mention sesiapa. Kalau si peminjam ni terbaca, confirm diorang terasa punya dan akan mesej korang sebab rasa bersalah lewat atau terlupa bayar hutang.

Tapi ada juga peminjam yang buat-buat tak tahu walaupun dah nampak status yang korang tulis lalu kat wall diorang. Paling epik kalau diorang like atau komen kat status tu tanpa rasa bersalah. Hmm.. Siapa pernah kena macam ni?

Pura-pura nak pinjam duit

Teknik ni korang boleh pakai bila tengok orang yang pinjam duit korang ni asyik upload gambar gaya hidup mewah diorang. Contohnya, diorang makan kat tempat-tempat mahal, beli barang-barang berjenama atau pergi bercuti. Tapi bila bab hutang boleh pulak buat tak tahu je.

Haa.. Masa ni lah korang boleh mesej atau call diorang ajak jumpa dan korang bolehlah pura-pura nak pinjam duit daripada diorang. Confirm diorang akan rasa segan sendiri. Yelah dah pinjam duit tapi tak tahu nak bayar.

Ingatkan si peminjam

Selalu ingatkan si peminjam berkenaan hutang, barulah tak ada alasan terlupa nak bayar hutang. Waktu paling baik bila dekat musim gaji. Nak lagi deep, komen je “hutang bila nak bayar?” kat Facebook atau Instagram si peminjam dengan alasan sekadar tolong mengingatkan.

Kalau korang bernasib baik hutang korang akan terus dibayar, tapi bersiap sedia dengan kemungkinan untuk di block oleh peminjam di laman sosial.

Korang juga boleh tag si peminjam di post yang memaparkan tentang kewajipan membayar hutang yang dipinjam. Barulah si peminjam ni akan insaf sikit.

Libatkan orang lain yang lebih dihormati

Teknik ni agak keras untuk korang cuba. Tapi kalau peminjam asyik mengelak saja, korang boleh dapatkan bantuan orang yang lebih disegani oleh peminjam seperti ahli keluarga dia. Contohnya, isteri atau saudara-maranya yang boleh menasihati si peminjam supaya mempercepatkan urusan pembayaran wang yang dipinjam daripada korang.

Kadang-kala peminjam wang akan berasa segan apabila ditegur oleh ahli keluarga sendiri. Betul tak?

Hmmm… Sebenarnya banyak saja cara yang boleh korang cuba untuk menuntut hutang dengan si peminjam selagi mana korang kenal peminjam tu. Tapi korang tau tak hutang yang paling liat dibayar di Malaysia?

Jom bayar PTPTN demi kelangsungan generasi akan datang!

Selain hutang negara yang tinggi, tahukah korang bahawa kadar peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, (PTPTN) yang tak membayar pinjaman mereka juga tinggi?

Perkara yang paling membimbangkan ketika ini ialah bayaran balik PTPTN mengalami penurunan mendadak sejak pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum yang lalu iaitu hanya sekadar RM100 juta hingga RM200 juta saja untuk sebulan.

Perkara ini amat merunsingkan, kerana penurunan jumlah pembayaran boleh menyebabkan dana untuk memberi pinjaman kepada pelajar baru terganggu tau! Kesian kat adik-adik yang baru nak sambung belajar tu.

PTPTN perlukan RM 330-350 juta sebulan bagi menstabilkan kewangan PTPTN seperti tahun 2017. Untuk pengetahuan korang juga, PTPTN tak lagi mendapat geran daripada kerajaan sejak tahun 2003.

Disebabkan ada antara korang yang tak buat bayaran balik pinjaman, PTPTN terpaksa meminjam wang daripada instituisi kewangan dengan kadar faedah 5-7% untuk terus memberikan pinjaman kepada pelajar baru.

Mungkin sebelum ni korang tengok CCRIS tu menghukum peminjam, tapi apa yang korang tak tau ia merupakan instrumen untuk memantau prestasi bayaran balik bagi mengelakkan peminjam mempunyai tunggakan bayaran.

Bayar PTPTN hari ni & nikmati diskaun sehingga 20%!

Sebagai peminjam yang bertanggungjawab, korang dah habis bayar pinjaman PTPTN ke belum? Atau korang sekarang tengah berhenti seketika daripada membayar pinjaman korang?

Haa.. Apa kata korang lunaskan baki pinjaman korang sebab PTPTN akan bagi 20% diskaun kalau korang buat bayaran balik pinjaman secara penuh.

Bukan itu saja, korang juga boleh mendapat 10% diskaun jika korang bayar PTPTN melalui potongan gaji, direct debit dan bayaran separuh.

Bagi memudahkan urusan pembayaran semula pinjaman, PTPTN juga dah sediakan pelbagai saluran dan terbaru adalah secara online. So, korang dah tak perlu nak cari kaunter PTPTN.  Semuanya boleh dibuat di hujung jari atau nak lebih mudah korang pergi je kat laman web ni; https://www.ptptn.gov.my/.

Kalau korang nak tau, kos pentadbiran atau pun dipanggil ujrah untuk PTPTN hanya 1%  je yang korang kena bayar tau. Bayaran ni pula tak bagi sebarang keuntungan pun kepada pihak PTPTN. Sebaliknya ia adalah untuk menguruskan akaun peminjam dan pentadbiran PTPTN.

Kerajaan dah bertukar baru, korang pon kena la berubah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dengan membayar semula pinjaman PTPTN kan? Korang kalau tau ada member tak bayar PTPTN tu, tolonglah nasihatkan ye!

Dengan bayaran balik pinjaman, korang akan memberi harapan dan peluang kepada pelajar baru untuk menuntut ilmu di menara gading.

JOM BAYAR PTPTN!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×