Penyanyi Lan Solo memaklumkan bahawa dia bersama keluarganya kini telah selamat tiba di Madinah.

Artikel Berkaitan: Lan Solo Masuk Hospital, Jalani Pembedahan Buasir

Artikel Berkaitan: ‘Bila Rasa Nak Kalah Baru Minta Maaf’ – Netizen Dakwa Syura & Lan Solo Tak Ikhlas

Perjalanan lancar

Menerusi perkongsian di akau Instagram miliknya, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 40, memaklumkan keadaan di Mekah dan Madinah ketika ini masih seperti biasa.

Kata Lan, perjalanan mereka sekeluarga dari Mekah ke Madinah turut berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana memilih untuk menggunakan perkhidmatan tren.

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah selamat sampai di Madinah dan baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor di Masjid Nabawi.

Untuk makluman, keadaan Mekah dan Madinah kini seperti biasa.

Masing-masing sedang sibuk dengan urusan ibadah.

Perjalanan kami dari Mekah ke Madinah juga tiada masalah sebab kami gunakan tren.

Lapangan terbang Jeddah dan Madinah kami tidak pasti.

Tapi ada terserempak dengan jemaah Malaysia yang tidak dapat balik kerana flight tidak boleh teruskan penerbangan.

Mohon doa

Dalam pada itu, dia turut memohon agar seluruh umat Islam mendoakan agar ketegangan yang berlaku di Timur Tengah selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran tidak menjejaskan urusan para jemaah umrah yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Sama-sama kita doakan keadaan Timur Tengah kini yang sedang tegang agar tidak menjejaskan urusan semua jemaah di sini.

Semoga perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan serta selamat.

Sumber: Instagram Lan Solo