berita

Keadaan Syamsul Agak Kritikal Namun Pernikahan Akan Tetap Diteruskan Sabtu Ini

March 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

syamsul

Risau pula mendengar perkhabaran terbaru mengenai tahap kesihatan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Sejak disahkan menghidap denggi, keadaan Syamsul kini dikatakan tidak konsisten dan agak kritikal seperti yang diberitahu oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Dia tak konsisten, tapi keadaan dia agak kritikal jugalah sebab bila malam dia susah tidur, badan dia ada bintik-bintik, menggigil dan tekanan darah dia menurun. Doktor suruh dia berehat. Saya harap dia sembuh. Tapi mengenai hal pernikahan, mengikut kepada perbincangan saya bersama besan, kami setuju untuk laksanakan pernikahan itu pada hari yang telah ditetapkan, Sabtu ini.

syamsul_

Keadaan Syamsul yang terlantar kesakitan di hospital

Difahamkan jika kesihatannya masih belum pulih, doktor membenarkan Syamsul daftar keluar daripada hospital untuk majlis pernikahannya namun perlu dimasukkan semula ke wad sebaik majlis selesai.

Seperti yang dirancang, majlis penyatuan dua hati antara Syamsul dan Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara pada 8 Mac 2014 jam 10 pagi.

Buat semua pembaca, marilah mendoakan agar rancangan pasangan selebriti ini untuk mendirikan rumahtangga dapat berjalan dengan lancar dan semoga Syamsul segera pulih supaya dapat menjalani kehidupan sebagai suami dengan sempurna selepas ini.

Sumber: Awani

SKIP THIS AD ×