berita

‘Keadilan Di Akhirat Biarlah Dia Tanggung Sendiri’ – Lunyai Dibelasah Menantu, Mentua Jamin Tuntut Keadilan

September 18th, 2019 | by faris
Kini Trending

Satu video pendek rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang bertindak tidak berperikemanusiaan memukul bekas isterinya dan mentuanya viral di laman sosial tempoh hari.

Mentua malang terbabit tampil memberi kenyataan berhubung kejadian berkenaan yang mengundang simpati orang ramai sekaligus mengecam tindakan bekas menantunya itu.

Pastikan keadilan di dunia

Mentua terbabit, Abdul Rahim Hashim mengatakan dia akan berusaha untuk memastikan keadilan berpihak kepadanya setelah video itu viral di laman sosial. Lapor Mstar, dia tidak menyangka menantunya tergamak berbuat demikian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Saya akan sedaya upaya cari keadilan di dunia, keadilan di akhirat biarlah dia tanggung sendiri.

Saya sendiri luka di bahagian dahi dan menerima tiga jahitan, selain rahang berasa sakit akibat hantukan kepalanya.

Sementara itu, anak perempuan saya yang juga bekas isterinya turut dipukul tanpa rasa bersalah sehingga luka di kepala selain badannya lebam-lebam akibat dipijak-pijak.

Diserah kepada TPR

Sementara itu, menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan kes terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ia (kertas siasatan) akan dirujuk kepada TPR untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan suspek tidak mempunyai kaitan dengan hospital itu kerana telah berhenti berkhidmat.

Merujuk kepada beberapa berita disiarkan dan tular di media sosial mengenai kes seorang lelaki yang dikaitkan sebagai kakitangan HCTM UKM, mencederakan bekas isteri dan bapa mentua, kami ingin memaklumkan bahawa lelaki itu sudah meletak jawatan pada April lalu selepas berkhidmat sejak 2017.

Sehubungan itu, pihak HCTM UKM tiada kaitan dengan pekerja terbabit seperti yang dihebahkan.

Sumber: Mstar, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×