Habbatus Sauda yang juga dikenali sebagai Jintan Hitam mempunyai banyak manfaatnya tersendiri terutama sekali dari segi perubatan. Malah, satu sunnah sahih Sahih Bukhari dari Kitab al-Tibb, menyebut “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati”.
Tumbuhan ini kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes.
Ia juga membantu mengimbangkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh menyebabkan masalah serius seperti kerosakan saraf, mempengaruhi penglihatan mata dan memperlahankan proses penyembuhan luka.
Sementara minyak Habbatus Sauda pula dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat serta rambut gugur. Ini kerana minyak Habbatus Sauda mengandungi Vitamin A baik untuk menghalang masalah jerawat serta mempercepatkan proses sembuh pada kulit.
Buat korang yang ada masalah rambut gugur pula, gunakan sedikit minyak Habbatus Sauda pada rambut. Ia membantu melebatkan semula rambut yang dah menipis dek kerana keguguran selalu. Rambut korang juga akan jadi lebih sihat dan bersinar!
Tapi bagaimana Habbatus Sauda boleh membantu semasa bulan Ramadan ini?
Masalah utama yang sering dihadapi umat Islam ketika berpuasa adalah bau mulut, kadang-kadang ada yang sampai malu nak bercakap dengan orang disebabkan nafas mereka yang berbau.
Haa jangan risau dah! Sebab Habbatus Sauda berkesan untuk melawan bakteria jahat. Oleh itu, korang disarankan untuk memilih ubat gigi yang mengandungi Habbatus Sauda seperti Colgate Habbatus Sauda baharu ni yang mengandungi 100% ekstrak semula jadi Habbatus Sauda untuk perlindungan mulut antibakteria!
Ia memberikan perlindungan mulut selama 12 jam dan memastikan nafas korang sentiasa segar terutama sekali ketika berpuasa.
Colgate Habbatus Sauda didatangkan dengan pilihan Habbatus Sauda dan Zaitun yang juga merupakan makanan sunnah dan terkenal sebagai penawar penyakit. Sementara pilihan kedua adalah Habbatus Sauda dan Pudina yang menjamin kesegaran mulut berpanjangan!
Inilah masa yang sesuai untuk kita mula mengamalkan pengambilan bahan-bahan Sunnah dalam proses memperbaiki diri di bulan Ramadhan. Kalau kita tak mampu nak tukar gaya hidup kita dengan drastik, mulakan dengan amalan yang kecil-kecil dulu pun tak apa yang penting kita sama-sama berusaha memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.
Mari Beramal Bersama Colgate Habbatus Sauda!
Sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat Colgate dalam memperbaiki kesihatan oral kanak-kanak di negara ini, Colgate bakal menderma Kit Pergigian kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan bersempena dengan kempen #MariBeramalBersama sepanjang bulan Ramadhan.
Dengan setiap pembelian Colgate Habbatus Sauda bermula 1 April sehingga 15 May 2021 (tempoh kempen) satu Kit Pergigian bakal disumbangkan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Kit Pergigian ini mengandungi satu berus gigi, ubat gigi dan risalah tentang kesihatan gigi. Apa lagi guys? Jom ambik peluang yang ada untuk bersama buat amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan.
Jika korang memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai Colgate Habbatus Sauda atau kempen #MariBeramalBersama korang boleh lawati klik SINI atau terus je ke laman Facebook dan Instagram mereka.
Korang juga boleh dapatkan produk ini secara online Shopee! Hanya klik je di SINI!
Selamat berpuasa semua! Semoga bulan ini mendatangkan keberkatan dan permulaan amalan penuh keikhlasan.