Sebuah letupan besar berlaku di kediaman Kondominium OUG di Bukit Jalil sehingga mengakibatkan kebakaran di bangunan tersebut pada 9.10 malam tadi. Memetik laporan BH Online, sebanyak dua unit kediaman di kondominium tersebut musnah dijilat api yang merebak dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 11 minit sahaja.
2 unit rumah dijilat api
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan mereka terima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 9.14 malam membabitkan dua unit di aras 12 bangunan tersebut. Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90 peratus dan rumah kedua terbakar 60 peratus.
Sebaik menerima maklumat, pihak bomba menghantar sembilan jentera bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling, BBP Seputeh, termasuk ambulans ERMS dengan kekuatan 45 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.
Pihak bomba yang tiba pada jam 9.23 malam menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’ sebagai tindakan operasi pemadaman kebakaran.
Api dapat dikawal daripada merebak ke bahagian lain pada jam 10.10 malam dan dipadamkan sepenuhnya 11 minit kemudian.
Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Video di lokasi kejadian
https://www.facebook.com/100034092674895/videos/pcb.3847285328713264/484738039339281
Api merebak
https://www.facebook.com/100034092674895/videos/pcb.3847285328713264/484750562671362
Sumber: Info Berita Semasa, BH Online