Kecoh di laman sosial tempoh hari apabila pihak Universiti Malaya menafikan status Boy Iman sebagai calon doktor falsafah institusi terkemuka negara itu. Kenyataan penafian UM menambah kemarahanan netizen yang tertipu dengan gambar ahli perniagaan itu yang memuatnaik gambar kad pelajar universiti berkenaan.
Arikel berkaitan: ‘Kantoi Lagi!’ – Muat Naik Gambar Kad Pelajar, UM Nafi Boy Iman Calon Doktor Falsafah
Boy kemudiannya membuat satu kenyataan di Instagramnya tentang apa yang terjadi dan cuba menjernihkan keadaan.
Akui kesilapan, padam gambar
Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak UM atas kenyataan itu, dan telah memadan gambar dan kapsyen berkenaan setelah beberapa jam di internet. Perkara itu tambahnya berkait dengan institusi tersebut dan menjejaskan nama baiknya dan syarikat.
Terima kasih atas kenyataan rasmi itu. Saya mengakui kekhilafan itu daripada saya kerana masih belum sampai masanya. Kerana itu saya memadam gambar dan caption itu. Hanya beberapa jam sahaja di media sosial.
Ianya melibatkan nama institusi itu dan juga nama saya, dan sudah tentu juga melibatkan perhatian dari masyarakat. Apatah lagi saya baru sahaja “terpalit” dalam satu isu yang agak besar sehinggakan menjejaskan nama baik saya, imej saya, kredibiliti saya, begitu juga syarikat2 saya dimata masyarakat.
Akan lebih berhati-hati
Boy atau nama penuhnya Noruliman A. Rahman mengatakan dia sebagai manusia juga tidak dapat mengelak dari membuat kesilapan. Untuk itu dia memohon maaf dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini.
Saya juga sama seperti anda tidak lari dari membuat kekhilafan. Apa2 pun saya memohon maaf kepada pihak berkenaan dan umum atas kekhilafan saya.
Saya akan lebih berhati-hati dalam memuatnaik sebarang gambar dan kenyataan dalam media sosial saya selepas ini.
Ilmu dan pengalaman penentu kejayaan
Dia juga meminta netizen mendoakan urusannya mencapai kejayaan dipermudahkan dan beranggapan kebenaran akan tiba apabila tiba masanya.
Kebenaran akan tiba juga apabila sampai masanya. Doakan segala urusan saya dalam mencapai kejayaan itu dipermudahkan. Ilmu & pengalaman penentu kejayaan & kekayaan bersama. Peace..no war!
Sumber: Boy Iman