berita

‘Kebenaran Sangat Terserlah Malam Ni’ – Doktor Seru Doula Henti Operasi Atau Terima Akibat

February 23rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Setelah minggu topik minggu lepas menjadi bualan, TV Alhijrah sekali lagi membawakan satu lagi sesi debat ‘panas’ untuk tontonan. Topik Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor semalam sedikit sebanyak merungkai persoalan netizen sebelum ini.

Dr Rusyainie Ramli yang banyak membuat pendedahan mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan turut membuat ulasan mengenai perbincangan antara pakar obstetrik dan sakit puan (O&G), Prof Imelda Balchin dan doula freelance, Puan Hayati Muzaffar.

Prof Imelda bentang fakta

Kesimpulan saya malam ni.

1. Prof. Imelda Balchin hanya bentangkan fakta. Fakta. Fakta.
Semuanya statistik.
Penuh yakin dan sangat tenang.
Dia tahu apa dia cakap.
Ketika dia dicelah dengan biadap oleh doula tu pun, dia masih boleh kawal emosi dia.
Prof. Imelda bila mencelah, memang tepat pada masanya.

2. Doula duli cikebum jemputan putar belit. Soalan Puan Hajjah Finaz Yunus langsung tak dijawab walau satu pun.
Bayangkan soalan yang perlukan jawapan Ya atau Tidak pun kita tak dapat apa yang sepatutnya. Semua yang kita dengari hanyalah jawapan yang berlingkar-lingkar tanpa tujuan pun. Jauh sekali dari menjawab soalan.
Hos masih lagi mampu menangani dia. Tahniah! Satu skil yang hebat.

Seakan tidak mempunyai pengetahuan sebenarnya

3. Malam ni adalah bukti bagaimana apa yang dicakna dalam FB doula duli cikebum sangat lain dengan apa yang dibentangkan depan mata kita. Dengan begini kelakuan dia, apakah kalian masih mahu meletakkan sebarang kepercayaan pada doula duli cikebum? Nyawa mak dan anak berhakkah atau patutkah diserahkan padanya?

4. Doula duli cikebum tak ada adab dalam diskusi. Sudahlah rancangan tu disiar secara langsung. Bahasa badannya sangat menjengkelkan. Di depannya ialah seorang pakar perunding O&G terkemuka, yang pastinya ahli dalam bidang perubatan, tapi begitu cara dia menyampuk pun, menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat pada insan berilmu.

5. Kegagalan doula duli cikebum menjawab soalan menunjukkan dia tak ada kredibiliti langsung sebagai apa yang dia pasarkan diri dia. Nampak sangat dia cuba menyembunyikan sesuatu. Nampak seakan dia tak mempunyai pengetahuan sebenarnya apa yang dia gebangkan selama ni. Sampai saya tertanya eh, kenapa saya tak faham apa yang diperkatakannya.

Kebenaran sangat terserlah

6. Semasa rancangan dihentikan sebentar untuk iklan, suami seorang doula duli cikebum yang menolak untuk hadir ke Analisis, secara tidak semena-mena telah naik ke pentas dan cuba membisikkan sesuatu ke telinga panel doula duli cikebum. Tanpa diundang. Tanpa diduga. Tanpa mendapat kebenaran penerbit. Tu adalah satu pencabulan dari segi etika rancangan di televisyen. Dia diminta turun dengan segera kerana rancangan tu mahu disambung semula dalam masa 20 saat. Bayangkan! Tindakannya yang meluru begitu menunjukkan betapa dia tak mempunyai budi bahasa.

Alhamdulillah. Kebenaran sangat terserlah malam ni tanpa perlu pun Prof. Imelda beria-ia untuk menyatakannya kerana doula duli cikebum telah membuka pekungnya untuk kita menjadi saksi apa juga kelakuannya selama ni.

Doula di negara kita tak diiktiraf oleh KKM, tak bertauliah, tak dipantau, tak ada badan yang buat regulasi kegiatan mereka, tak tertakluk pada mana-mana akta. Maka, mereka mesti dihentikan sehingga KKM mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas mereka.

Sumber: Rusyainie Ramli

The following two tabs change content below.