Bersempena Syawal yang bakal menjelang, jenama gaya hidup terkemuka, Amber, kembali mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.
Artikel Berkaitan: Enam Selebriti Gred A ‘Mendunia’.. Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish & Sophia Albarakbah Dipilih Jadi Wajah Rasmi
Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Tersinggung Digelar Ustazah & Artis Contoh – ‘Saya Aminkan Doa Tersebut’
Raya Romantics
Koleksi ini menampilkan gaya fesyen spektakular, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Menambah keistimewaan koleksi kali ini, Amber mempersembahkan enam wajah rasmi jenama tersebut iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah.
Setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan perincian mewah dan eksklusif serta menampilkan sulaman floral yang indah pada kain 100 peratus kapas.
Pemilihan fabrik berkualiti tinggi ini bukan sahaja memastikan keselesaan pemakai, tetapi juga memberi sentuhan elegan yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Pelbagai rekaan
Saiz tersedia daripada XS hingga 3XL dengan julat harga bermula serendah RM269 sehingga RM459.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaharu ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan.
Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden.
Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.
Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.
Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil anggun sepanjang Aidilfitri.
Sasar 300,000
Selain itu, Amber mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi ‘Raya Romantics’ yang mana sasaran itu berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini serta permintaan yang semakin meningkat.
Koleksi Raya Romantics boleh didapati secara eksklusif di beberapa lokasi pilihan, termasuk di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, Butik Amber di Wangsa Walk Mall selain di atas talian.