berita

Kecewa Gambar Arwah Anak Hidap Kanser Tulang Disalahguna Pihak Tak Bertanggungjawab

March 12th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan dan pemalsuan maklumat. Bukan itu sahaja, wujud segelintir pihak yang menggunakan penderitaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Sepasang suami isteri ini kecewa apabila mendapati gambar arwah anak mereka dijadikan bahan mengutip dana secara mudah di internet. Bagaimanapun, Puan Asmah dan En. Zaki telah membuat laporan polis bagi menghentikan penipuan ini.

Kecewa

Hati mak ayah mana tidak kecewa apabila mengetahui gambar arwah anak mereka dijadikan bahan penipuan sesetengah pihak untuk meraih keuntungan dengan mudah. Arwah anak mereka menghidap kanser tulang pada 2 tahun lepas.

Malah, ini merupakan kali kedua gambar arwah anak mereka dijadikan bahan penipuan setelah kali pertama berlaku pada Julai 2017.

Akaun Facebook palsu

Ibu ini menyedari foto arwah anaknya dimuat naik di sebuah laman Facebook dengan menggunakan nama Berita Harian Online Malaysia. Walaubagaimanapun, setelah ditanya pihak BH dan memaklumkan itu adalah pages palsu.

Asmah dan suaminya, Muhamad Zaki Mohd Nazam, 48, sudah bertanya hal itu kepada wakil Berita Harian, di sini dan mengesahkan akaun FB itu palsu. Ujar kepada pihak BH.

Rayuan palsau

Saya menafikan sekeras-kerasnya nombor akaun bank dan nama penderma milik kami. Ia tiada kaitan dengan keluarga kami dan saya mohon orang ramai supaya berhati-hati, tidak tertipu dengan kenyataan yang dimuat naik. Ujar En Zaki ketika ditemui di kediamannya.

Malah, pasangan ini telah membuat laporan polis dan melaporkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Semoga kita sama-sama membanteras penyalahgunaan media sosial kini.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×