berita

Kecewa Rakan Sekerja Tak Datang Majlis Perkahwinan, Wanita Nekad Letak Jawatan

August 19th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang sahaja daripada 70 rakan kerja menghadiri majlis perkahwinannya.

Hanya seorang sahaja yang hadir

Sekadar gambar hiasan

Wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan sekerja pada majlis perkahwinannya. Malah, dia dikatakan sudah bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengakui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakan-rakan di tempat kerjanya itu.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerja, namun apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia sangat yakin bahawa mereka akan datang bagi memeriahkan majlis.

Lebih menyedihkan lagi apabila dia sudah menjemput kesemua rakannya itu kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput. Malah dia telah mengkhususkan enam meja khas untuk rakan kerjanya, namun hanya seorang sahaja yang hadir.

Nekad nak letak jawatan

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, rakan yang hadir itu adalah seorang pekerja junior yang berada di bawah seliaannya. Mungkin dia hadir ke majlis tersebut kerana berasa bertanggungjawab untuk menghadiri majlis ketuanya itu.

Menerusi hantaran di laman sosial Weibo, wanita terbabit mengatakan bahawa dia berasa malu di hadapan tetamu lain terutamanya keluarga sebelah suaminya. Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu terus bekerja dengan orang yang telah memalukannya pada hari perkahwinan sendiri.

Sumber : Oddity Central

SKIP THIS AD ×