berita

Kecil Dimata Tapi Besar Di Hati! Ini Kebaikan Korang Boleh Buat Untuk Bantu Mereka Yang Memerlukan

June 7th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Pernah tak bila korang nak buat sesuatu, korang terfikir akan orang-orang yang susah. Kadang-kadang tu buat kita lagi bersyukur dengan apa yang kita ada. Begitu juga dengan mereka yang merasai sendiri kesusahan tersebut. 

Walaupun musim penting iaitu Ramadan dan Raya sudah pun berakhir, tapi korang masih boleh teruskan usaha dan niat baik yang korang pernah lakukan pada bulan Ramadan lalu untuk bantu golongan yang memerlukan. Macam mana nak bantu mereka? Jom min kongsi cara paling mudah! 

1. Beri moral support

Sebenarnya kalau korang nak buat kebaikan ni bukan lah susah. Ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan. Tak semestinya dengan wang ringgit je, malah korang juga boleh bantu untuk berikan moral support pada mereka yang memerlukan.

Ia bukan saja boleh bantu untuk naikkan semangat mereka, malah dengan kata kata positif yang diberikan mungkin akan buat mereka berasa lebih tenang.

2. Beri bantuan kewangan melalui NGO

Selain itu, korang juga boleh beri bantuan kewangan buat golongan yang memerlukan ini dengan mencari mana-mana Non-Governmental Organizations (NGO) yang dipercayai. 

Kalau ikutkan dekat negara kita ni memang dah banyak platform dan saluran yang betul untuk korang salurkan sumbangan tu. Siap boleh dapat manfaat rebat cukai lagi tau.  

Jadi, gunakanlah inisiatif itu untuk sentiasa memberi kepada mereka yang memerlukan.

3. Hulur dan sedekah kepada pekerja di sektor pembersihan

Selalunya pekerja-pekerja di sektor pembersihan ni kurang mendapat perhatian dan kadang-kadang kita terlupa yang mereka dah buat satu kerja yang belum tentu semua orang akan buat. Ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin, kalau-kalau ternampak mereka tengah bekerja, boleh lah sekali sekala tu hulur sumbangan atau sedekah. Mesti boleh buat mereka rasa happy. 

4. Bantu ambil pesanan pembelian barangan keperluan asas

Ha… yang ni paling mudah! Kalau antara korang ada berjiran dengan warga tua, orang kelainan upaya (OKU) atau sesiapa saja yang ada masalah untuk bergerak atau keluar rumah, korang boleh offer diri korang untuk bantu mereka dengan ambil pesanan pembelian keperluan asas atau apa-apa yang mereka perlukan.

Dengan pertolongan yang diberi mungkin nampak kecil dan remeh tetapi manfaatnya kepada golongan yang menerima adalah sangat besar!

CIMB Harapan Ramadan juga komited dalam memberi sokongan dan bantuan kepada komuniti terjejas

Kalau korang nak tahu, melalui program CIMB Harapan Ramadan baru-baru ini, CIMB juga tak terkecuali dalam membuat kebajikan bagi membantu dan memberi kepada komuniti di Malaysia. 

Khususnya buat golongan B40, asnaf, termasuk ketua keluarga, ibu bapa tunggal, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU), pelarian, warga emas dan juga komuniti yang kurang berkemampuan. 

Antara aktiviti yang dilakukan adalah dengan membuat pengagihan barangan keperluan harian seperti beras, makanan dalam tin, minyak masak dan makanan ruji lain. Program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bersedia menyambut Aidilfitri yang lepas.

Program CIMB Harapan Ramadan juga merupakan program khidmat bantuan komuniti yang dianjurkan bersama CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dan CIMB Foundation sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Menerusi program ini, CIMB bekerjasama dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia, Yayasan Belia Malaysia, Yayasan Kita Anak Malaysia, Persatuan Belia Seri Cempaka, Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah dan Maahad Tahfiz Nadi Huffaz serta 12 rumah anak yatim yang lain.

Bukan itu saja, sebanyak RM1.9 juta dana telah disalurkan pada tahun ini dan ia dijangka memanfaatkan lebih 33,000 individu di seluruh negara. Elaun tunai juga turut disediakan kepada rumah anak yatim bagi mereka membeli keperluan dan mereka berpeluang untuk membeli baju raya untuk meraikan Syawal. Seronok kan?

Dari sini kita sebagai masyarakat ni perlulah ikut contoh dan inisiatif yang murni dan baik seperti ini untuk kita terapkan dalam kehidupan.

Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang inisiatif menarik yang ditawarkan CIMB, jangan lupa layari www.cimb.com.my.

SKIP THIS AD ×