berita

Kecil Tapi Bijak- Penulen Air Terbaharu Coway Ini Pasti Jadi Pelengkap Dapur Korang!

July 29th, 2020 | by Azyan
Shout Out!

Korang pernah tak dilema dan berfikir banyak kali sebelum nak beli peralatan rumah seperti microwave atau penulen s air gara-gara saiz dapur korang yang comel? Berulang-kali korang fikir tapi pada masa yang sama kalau tak beli, agak menyusahkan diri. Leceh tau sebenarnya bila asyik kena masak air atau beli mineral banyak-banyak.

Penulen air dekat luar pula banyak yang besar-besar! Lagilah susah untuk korang buat pilihan kan? Haa, jangan risau! Produk terbaharu dari Coway ni memang sesuai untuk dapur minimalis  korang tau!

KECIL, penulen air paling sesuai  untuk dapur moden korang!

Dengan KECIL, korang dah tak payah pening kepala mencari ruang dan fikir nak letak mana penulen air kerana rekaannya yang lebih padat,kecil dan berkuasa. Ini membuatkan ia penulen air yang paling menjimatkan ruang tau! Korang slot in je kat mana-mana, mesti muat dan terletak je nampak.

Bukan hanya cantik, tapi ciri utama KECIL juga menarik!

Ruangan dapur korang takkan nampak serabut dengan penulen air KECIL. Sejuk je mata tengok dapur. Paling best, penulen air KECIL juga tampil dengan ciri yang terbaru!

Antara cirinya ialah KECIL saiz ukuran lebarnya hanya 7 inci! Sebab itulah dia memang just nice untuk dapur kecil korang.

Selain itu, penulen air KECIL juga dilengkapi dengan fungsi-pengekstrakan air satu sentuhan yang sangat innovatif. Memang sleek habis! Korang dah tak payah tunggu lama sebab penulen air KECIL memang 0 saat direct water!

Jadi, tak ada masalah  air lambat tadah atau air lama naik. Air yang keluar juga memang bersih kerana ianya merupakan penulenan segera! Hanya tekan dan nikmati terus air yang bersih dan dah ditapis tanpa ragu-ragu.

5 pilihan suhu & 4 tetapan isipadu air. Wah, makin mudahlah korang lepas ni!

Yang membuatkan Coway KECIL lagi best sebab korang boleh pilih sehingga 5 jenis tetapan suhu.

  • Susu bayi: 40°C – 50°C
  • Kopi: 80°C – 85°C
  • Teh: 65°C – 75°C
  • Ambient atau suhu normal
  • Air sejuk

Untuk isipadu air pula, korang boleh pilih sehingga 4 jumlah isipadu seperti berikut:

  • 250ml
  • 500ml
  • 1000ml
  • atau nak secara berterusan

Korang hanya perlu tekan sekali je dan air akan terus keluar mengikut setting yang korang dah tetapkan. Best gila kan? Sangat-sangat menyenangkan lagi-lagi kalau tengah rushing!

Dapatkan Coway KECIL serendah RM99 sebulan dengan servis percuma selama 5 tahun!

Korang boleh dapatkan Coway KECIL secara sewa-beli lengkap dengan 5 tahun servis secara percuma dengan harga RM99 je tau! Tapi, kalau nak beli, korang boleh dapatkan penulen air KECIL dengan harga RM3,590 dan percuma servis selama setahun.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik kat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×