berita

Kecoh Dakwaan Guru Diajar Buat ‘Swab Test’ Di Sekolah, Pakar Perubatan Nasihatkan Usah Ikut

December 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dinafikan sejak wujudnya kluster sekolah serta kes pertama positif Covid-19 varian Omicron dikesan telah memberi tamparan yang hebat buat rakyat Malaysia dan membuktikan bahawa pandemik Covid-19 ini masih berada di paras yang membimbangkan.

Pelbagai inisiatif telah dijalankan agar dapat membendung penularan wabak Covid-19. Namun begitu, baru-baru ini tular di media sosial di mana para guru didakwa diajar melakukan ujian saringan Covid-19 PCR untuk murid di sekolah kecoh sehingga menjadi perdebatan ramai pihak.

Guru diajar buat swab test untuk pelajar

Menerusi perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh di Facebook, lelaki berkenaan mengulas mengenai isu para guru diajar cara untuk membuat ujian saringan Covid-19 yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kuantan, Pahang.

Mohd Fadli berpendapat bahawa para guru tidak sepatutnya diminta untuk membuat ujian saringan Covid-19 tersebut kerana para guru bukan daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah tidak ada kemahiran dalam bidang berkenaan.

Aku tak setuju jika guru perlu buat nasal swab test. Di United Kingdom ada kes individu cedera lapisan otak apabila di swab terlalu dalam dan kasar. Seram membayangkannya.

Ujarnya lagi, dia tidak memberi kebenaran sekiranya ada pihak sekolah yang ingin melakukan ujian saringan berkenaan terhadap anaknya dan lebih memilih untuk membuat ujian saringan melalui air liur sahaja.

Saliva test pun patutnya ibu bapa yang buat kat rumah. Bukan bebankan guru-guru pula nak buat ujian ni. Ia makan masa dah tenaga.

Ibarat guru jerut leher sendiri

Susulan daripada itu, lelaki berkenaan turut menasihatkan kepada para guru agar tidak membuat ujian saringan Covid-19 melalui hidung walaupun mendapat arahan daripada pihak sekolah kerana risau akan implikasi daripada ujian saringan tersebut.

Cikgu-cikgu hati-hati sikit kalau sekolah arah buat nasal swab test ni. Kalau ada apa-apa implikasi akibat swab test tu, jenuh nak menjawab. Silap-silap kena saman dengan ibu bapa.

Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dikenali sebagai Dr Mizam Baha turut menasihati para guru supaya tidak membuat ujian calitan hidung itu kerana jika berlakunya sebarang kecederaan pada pelajar terbabit, ia akan menjejaskan reputasi guru berkenaan.

Kalau lah ada usaha nak ajar cikgu buat nasopharyngeal swab test, saya nasihatkan cikgu jangan ikut. Bukan kemahiran cikgu. Jadi apa-apa pada pelajar, cikgu jerut leher sendiri.

Sumber : Mohd Fadli Salleh, DrMizam Baha

SKIP THIS AD ×