
Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon, Uqasha Senrose mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik satu kapsyen mengenai ketabahan dan kesetiaan wanita dalam sebuah hubungan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Syukur Miliki Ibu Mentua Baik – ‘Dia Suka Masak Untuk Menantu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gelaran Datuk Bukan Beli, Adik Ipar Seorang Ahli Perniagaan’ – Uqasha Senrose
‘Setia walau hati terluka’

Menerusi hantaran tersebut, Uqasha, 34, berkata, wanita akan kekal setia kepada pasangan mereka meskipun hati sering kali terluka.
Dia setia kerana itu memang sudah ada dalam dirinya, bukan kerana dia memerlukan kamu. Dia tetap setia walaupun hatinya terluka.
Dia tetap hadir walaupun kamu tidak muncul. Dia terus memilih kamu, walaupun kamu beri alasan untuk dia tidak berbuat begitu. Bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia berjiwa luar biasa.
Dalam hantaran sama, Uqasha juga memberitahu, wanita mampu untuk berdiri sendiri dan meneruskan kehidupan walau tanpa sosok lelaki di sisi.
Kesetiaannya bukan untuk kamu semata-mata, tetapi cerminan hatinya yang tulus. Namun, jangan sesekali kelirukan kesetiaannya dengan kebergantungan. Dia mampu hidup tanpa kamu, cuma dia terlalu percaya pada kamu.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, tidak mustahil perasaan setia dalam hati seorang wanita akan menjadi pudar jika cinta mereka tidak lagi dihargai.
Dia telah memberi lebih daripada apa yang dia terima, tetapi suatu hari nanti, dia akan berhenti. Bukan dengan marah, bukan dengan benci, tetapi dengan kekuatan yang tenang.
Terdahulu, timbul dakwaan apabila Uqasha dan suami, aktor Kamal Adli tidak lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
