berita

Kecoh Isu Warna Stokin, Dr Maszlee Bidas Media, Pengarah PPUM Dedahkan Rupanya…

October 16th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai warna stokin digunakan murid sekolah akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai. Kenyataan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang berpendapat isu tersebut terlalu kecil untuk diberi penekanan.

Namun, adakah benar Dr Maszlee memberi kenyataan sedemikian semalam?

Tidak sepatah pun sebut warna stokin

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), YM Prof .Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin yang mengiringi Dr Maszlee ketika sesi lawatan mengejut ke hospital itu, mengesahkan tiada sepatah pun perbincangan mengenai warna stokin dibuat.

Saya berada dengannya sepanjang masa beliau di sini dan apa yang dibincangkan bersama NC(UM), KP dan KSU adalah tentang potensi pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di PPUM dan untuk perkhidmatan yang terbaik diberikan.

Saya rasa perkara itulah sepatutnya ditekankan di dalam berita akhbar. Cara berita ini disampaikan sebaliknya menggunakan gambar dan masa lawatan beliau ke PPUM, dan memberikan tajuk akhbar ‘perbincangan mengenai warna stokin’ sangat mengelirukan pembaca.

Bercakap benda kecil kurang satu minit disensasikan

Dr Maszlee menerusi Twitternya memberi respon berkenaan isu yang hangat diperkatakan sejak semalam itu. Antaranya adalah isu warna stokin hanya diulas kurang dari satu minit namun disensasikan media seperti Utusan Malaysia sehingga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut berminat mengenainya.

Namun apabila menteri itu membincangkan perkara penting seperti hospital universiti, tiada pula pihak yang mahu menjadikannya sensasi, ujarnya dalam satu status, pagi ini.

Fikiran rakyat rosak sebab media celupar

Sumber: Maszlee Malik, Pengarah PPUM, Mohd Ein

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×