berita

Kecoh ‘King’ Myvi Rempuh Kubur, Anak Pemandu Kereta Tampil Cerita Kejadian Sebenar – ‘Ibu Masih Trauma’

February 18th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, kecoh di media sosial mengenai insiden sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai terbabas sehingga merempuh kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan.

Myvi rempuh kubur

Menerusi laporan media tempatan, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila pemandu wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu terbabas ketika memusingkan kenderaannya sehingga melanggar kubur. Berikutan daripada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban iaitu Datuk Masri Razali berkata akan menghubungi waris kubur yang rosak bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, seorang individu yang dikenali dengan nama Syafiq Sidek tampil mengaku dirinya merupakan anak kepada pemandu wanita berkenaan.

‘Ibu saya dalam keadaan hypo’

Menerusi satu posting di Facebook, Syafiq memohon maaf atas apa yang telah berlaku dan akan bertanggungjawab atas kerosakan termasuk menanggung kos membaik pulih kubur yang terjejas.

Sebenarnya ibu saya dalam keadaan hypo (kurang gula dalam darah) kerana menghidap kencing manis dan ibu saya sedang berpuasa hari ini. Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn). Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan tertekan kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat Covid-19.

Tambah Syafiq lagi, dia sangat berharap agar orang ramai tidak bersangka buruk terhadap kejadian yang berlaku itu. Bukan itu sahaja, dia meminta jasa baik semua pihak agar tidak terus menularkan gambar insiden berkenaan demi kesihatan emosi ibunya.

Kami sekeluarga berusahaja untuk memberi semangat kepada ibi. Alhamdulillah, ibu saya selamat dan tiada kecederaan. Saya memohon kemaafan sekali lagi.

Sumber: Syafiq Sidek

SKIP THIS AD ×